CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ahmad naik tren Thomas and Friends

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode

AHMAD (depan, tiga dari kanan) bersama kakitangan Rapid KL selepas menaiki koc tren dihiasi tema Thomas and Friends yang diminatinya dari stesen LRT Ampang ke Chan Sow Lin.

Kuala Lumpur: Keceriaan terukir pada wajah kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menghidap leukemia apabila impian menaiki tren tertunai.

Lebih bermakna, Ahmad Faizal dari Bukit Antarabangsa, Selangor dibawa merasai pengalaman itu dengan menaiki tren khas berhias tema kartun popular, Thomas and Friends bermula dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang ke Stesen LRT Chan Sow Lin selain berpeluang mengunjungi Kompleks Rapid Rail Ampang.

Impian kanak-kanak itu direalisasikan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali rel dengan kerjasama badan bukan kerajaan, Make-A-Wish Malaysia yang prihatin dengan nasib Ahmad sejak dia dikesan menghidap leukeimia pada November tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu, Nur Syafiqah Ahmad Alimi, 34, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu meluahkan hasrat menaiki kereta api menyerupai wajah sebenar Thomas and Friends di Jepun selain sangat teruja dengan mainan dan video animasi itu di rumah.



AMIR (kanan) menghiburkan Ahmad (duduk kiri) bersama keluarganya sepanjang menaiki koc tren dihiasi tema Thomas and Friends.

"Walaupun tidak sampai ke Jepun kerana kekurangan bajet, impian menaiki tren dihiasi Thomas and Friends cukup menggembirakan kami sekeluarga.

"Saya bangga dengan apa yang Prasarana usahakan demi Ahmad dan terharu dengan aktiviti permainan berkaitan tren untuk menggembirakannya," katanya.

Nur Syafiqah yang juga suri rumah berkata, anaknya dikategorikan leukemia tahap medium dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Amir Hamdan berkata, usaha Prasarana itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi merealisasikan impian dan memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang memerlukan sokongan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -thomas-and-friends
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040800 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list