CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1251|Reply: 0

Fail cerai terhadap Britney Spears, Sam Ashgari rugi RM46 juta

[Copy link]
Post time 19-8-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode


CALIFORNIA: Penyanyi sensasi, Britney Spears akan memastikan asetnya yang bernilai AS$60 juta (RM280 juta) dilindungi dengan baik, susulan tindakan suaminya, Sam Ashgari memfailkan perceraian.

Spears, 41 dan suaminya yang merupakan seorang model berusia 29 tahun menandatangani perjanjian pranikah yang begitu rumit demi melindungi aset kekayaannya yang melimpah ruah.

Ini bermakna, lelaki itu tidak akan menerima walau sesen wang yang diperoleh sebelum perkahwinan mereka.

Rabu lalu, Britney dan Ashgari dilaporkan sudah berpisah hanya selepas setahun mereka berkahwin.

Sumber mendedahkan pasangan itu terpaksa hidup berasingan susulan berlaku pertengkaran besar mengenai khabar angin Spears kononnya berlaku curang.

US Weekly melaporkan, perjanjian pranikah pasangan itu menetapkan lelaki itu berhak mendapat RM4.6 juta setiap dua tahun sekali, dengan had RM46 juta selepas 15 tahun.

Ashgari juga didakwa mengenepikan sebarang tuntutan terhadap koleksi muzik Spears dan namanya tidak disenaraikan dalam surat perjanjian pemilikan rumah mereka di Thousand Oaks, California.

Untuk rekod, hubungan pasangan itu bertukar serius selepas mereka bertemu di set penggambaran muzik video Britney iaitu Slumber Party pada 2016.

Spears dan Asghari mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Spears di Los Angeles pada Jun tahun lalu.
https://www.utusan.com.my/nasion ... ari-rugi-rm46-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.289310 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list