CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan Perkeso

[Copy link]
Post time 20-8-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN barang dan bangkai pesawat penumpang di tempat lokasi kejadian. FOTO Genes Gulitah

Kuala Lumpur: Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Katanya beliau telah mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

Sivakumar berkata hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

"Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, setakat ini, Perkeso sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang telah memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

Justeru, anggota Perkeso di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-pampasan-perkeso
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.419959 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list