CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Hati remuk, saya menangis lihat keadaan Bain tidak terurus'

[Copy link]
Post time 20-8-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Eyda dan abangnya, Bain ketika ditemui ketika mula ditemui dalam keadaan tidak terurus (kiri) dan (kanan) Eyda dan abangnya Bain yang sudah ditempatkan di pusat jagaan.

Kuala Lumpur: Tak tertahan menanggung rindu selama 11 tahun selepas terpisah daripada abang kandungnya membawa seorang wanita yang berkerja di sebuah negeri di selatan tanah air ke Kuala Kedah, Kedah untuk mencari lelaki itu.

Usaha wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Eyda, 30-an berhasil apabila berjaya menemui abangnya, Bain, 40-an di sebuah kedai makan dalam keadaan kurang terurus dan tidak mengenali dirinya ada 10 Ogos lalu.

Kisah Eyda dan abang sulungnya itu mendapat perhatian di TikTok apabila kakaknya berkongsi video pertemuan itu hingga meraih 5.5 juta tontonan dan lebih 4,000 komen netizen yang turut berkongsi kegembiraan dengan pertemuan kedua beradik itu.

Ramai netizen yang memuji usaha wanita berkenaan dan keluarganya yang masih tetap berusaha mencari abangnya serta menempatkannya di tempat perlindungan yang lebih selesa dan selamat untuk lelaki berkenaan.

Berkongsi kisah itu, Eyda berkata, dia dan abangnya sudah lama terputus hubungan selepas bapa mereka meninggal dunia dan dia pula berhijrah serta berkerja di selatan tanah air, manakala abangnya menetap di Kedah.

Bagaimanapun katanya, biarpun tidak berjumpa namun dia mengetahui abangnya masih di negeri itu sebelum ibu mereka berkongsi keadaan abangnya yang dilihat 'berlainan' seperti sebelum ini dan membuatnya susah hati.

"Kami sepakat mahu mencari abang dan kemudiannya berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mengesahkan lelaki yang di dalam gambar itu adalah abang kami.

"Kami tanya ramai orang mengenai abang dan Allah SWT gerakkan hati untuk pergi Kuala Kedah.

"Kami pergi ke sana hanya ikut gerak hati saja dan tawakal kepada Allah sebelum akhirnya kami terjumpa abang di sebuah kedai makan.

"Ketika itu, remuk hati saya melihat keadaan abang dan dia juga ingat-ingat lupa siapa kami.

"Kami hanya mampu menangis saja dan sudah tidak mampu cakap apa-apa ketika melihatnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Menurutnya, sebelum itu dia menghubungi individu menguruskan sebuah pusat penjagaan di negeri yang sama untuk menempatkan abangnya di pusat itu dan dia turut memaklumkan apa berlaku kepada abangnya ada sebab tersendiri.

"Kami cari abang atas dasar tanggungjawab dan tidak mahu abang terus hidup dalam keadaan sebegitu (tidak terurus) sebab itu sebagai adik kami usaha sedaya-upaya mencarinya.

"Alhamdulillah ketika ini keadaan abang sudah diurus dengan baik dan kami sepakat menghantar abang ke pusat penjagaan terbaik untuknya," katanya.

Menurut Eyda, sebelum ini mereka juga ada berkongsi video mengesan abangnya, namun ia tidak tular seperti video pertemuan itu dan mengakui mereka berkongsi hanya untuk dijadikan kenangan keluarga saja.

"Selain itu, kami mahu menunjukkannya kepada abang apabila dia sudah sihat sepenuhnya nanti.

"Tak sangka juga video itu akan mendapat perhatian netizen dan ramai mendoakan serta memberi sokongan kepada kami sekeluarga.

"Kami berterima kasih untuk semua kata positif dan berharap ia memberi manfaat supaya kita semua menerima adik-beradik kita tanpa mengabaikan mereka supaya kita tidak menyesal seumur hidup nanti," katanya sambil memberitahu mereka akan melawat abangnya ketika waktu cuti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bain-tidak-terurus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055964 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list