View: 1077|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Lelaki Jepun mengaku tidak bersalah pukul teman wanitanya
[Copy link]
|
|
Pemilik restoran, Shozo Kamizato, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya yang juga rakan senegara. FOTO Suraya Roslan
Kuala Lumpur: Pemilik restoran warga Jepun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya dalam kejadian dua bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Shozo Kamizato, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Gomi Mikiko, 30, dengan menggunakan tangan di sebuah rumah di Kepong di sini, pada 2 pagi, 14 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, manakala tertuduh diwakili peguam Azman Aziz.
Nadia Eleena menawarkan jaminan RM4,000 dengan syarat tambahan tertuduh diminta melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Bagaimanapun, Azman berkata, ia kali pertama anak guamnya didakwa dengan kesalahan dan meminta jaminan dikurangkan memandangkan lelaki itu sudah menetap di Malaysia selama 12 tahun.
Azman turut membantah syarat tambahan lapor diri di balai polis terdekat berikutan anak guamnya mempunyai perniagaan restoran di negara ini.
Mendengar hujah kedua-dua pihak, Nurul Izzah membenarkan tertuduh diberi ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat dan menetapkan 22 September untuk sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kul-teman-wanitanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sampai pukul memukul, benda boleh bincang dengan baik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|