View: 873|Reply: 0
|
[Selangor]
Saya tidak akan kecewakan pimpinan, pengundi - Exco termuda Selangor
[Copy link]
|
|
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Exco Selangor kepada Jamaliah. FOTO Bernama
Klang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin menjadi Exco termuda kerajaan Selangor yang baru dilantik di Istana Alam Shah, dekat sini, hari ini.
Jamaliah yang berusia 34 tahun berkata, pemilihannya dalam memegang jawatan penting itu membuktikan Selangor adalah negeri progresif dan beliau amat bersyukur diberikan peluang itu.
"Umur saya 34 tahun dan agak muda. Dengan pemilihan ini, membuktikan kerajaan Selangor membuka peluang seluasnya kepada anak muda untuk berkhidmat kepada negeri dan negara.
"Saya akan cuba sedaya upaya untuk catch up dalam masa beberapa minggu ini dan Insya-Allah saya tidak akan mengecewakan pimpinan yang melantik saya dan pengundi yang memilih saya.
"Saya akan buat yang terbaik untuk rakyat dan negeri Selangor," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Lantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor di Istana Alam Shah dekat sini, hari ini.
Jamaliah yang berkhidmat sebagai Adun Bandar Utama bagi penggal kedua adalah satu-satunya calon berbangsa Melayu yang diketengahkan DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Pada PRN lalu, Jamaliah berjaya mempertahankan kerusi berkenaan apabila memperoleh 39,845 undi dengan majoriti 35,446.
Terdahulu, istiadat angkat sumpah 10 Exco diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sebelum itu, turut diadakan istiadat pelantikan Adun Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... co-termuda-selangor |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|