CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 0

[Melaka] Warga emas didakwa cabul cucu tiri guna objek

[Copy link]
Post time 23-8-2023 02:27 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

MELAKA – Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk tiri didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 9.20 malam sehingga 10.30 malam di sebuah rumah dalam daerah Jasin pada 6 Ogos 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(a) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa sama pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira faktor keselamatan mangsa dan saksi-saksi pendakwaan serta dakwaan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.

Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital dan menyara seorang isteri orang kelainan upaya (OKU fizikal).

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, Darmafikri membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat-syarat tambahan iaitu tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat sehingga kes selesai.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... cu-tiri-guna-objek/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list