CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1466|Reply: 0

[Johor] Kebocoran gas styrene monomer akibat tangki simpanan pecah

[Copy link]
Post time 25-8-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

KEBOCORAN bahan kimia jenis 'Styrene Monomer', di Jalan Pekeliling, Johor Bahru, sejak semalam. FOTO Ihsan Bomba

Johor Bahru: Hasil pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kejadian kebocoran gas jenis 'Styrene Monomer' di sebuah kilang di Pasir Gudang, di sini, berpunca daripada tangki yang menyimpan bahan kimia itu pecah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Johor Azmi Ab Rahim bagaimana menjelaskan kebocoran gas yang itu berjaya ditutup selepas busa dimasukkan ke dalam tangki berkenaan dan operasi berjaya dikawal pada 9 malam tadi.

Beliau berkata operasi membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin itu, turut dibantu Hazmat Negeri Sembilan dan Melaka serta pihak polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Sebuah tangki pecah hingga melepaskan gas (jenis) 'Styrene', namun pasukan keluaran operasi (PKO) bersama Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang terbabit berjaya mengawal semula suhu dalam tangki dengan kaedah penyejukan.

PKO bersama Hazmat dan bantuan ERT kilang juga berjaya memasang dan memasukkan busa ke dalam tangki, sekali gus gas yang dilepaskan itu berjaya ditutup dengan menggunakan busa," katanya menerusi kenyataan hari ini.



Beliau berkata kawasan di sekeliling kilang berkenaan juga didapati selamat dan lokaliti kebocoran hanya berada di kawasan tangki.

Sehubungan itu, katanya pihak bomba menamatkan operasi berkenaan pada 10 pagi tadi.

Azmi berkata JAS Johor turut menempatkan alat pengawasan kualiti udara di kawasan persekitaran penduduk berhampiran dan bacaan kualiti udara adalah normal setakat 12 tengah hari tadi.

Menurutnya Jabatan Kesihatan Negeri pula memaklumkan tiada kes yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital dan klinik kerajaan, namun orang awam diminta untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang gejala susulan kejadian itu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Petrochemicals (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebocoran gas 'Styrene Monomer' kira-kira 5 petang semalam apabila tangki bahan kimia itu pecah.

"Kami sedar bahawa insiden ini telah menyebabkan kebimbangan dan kesulitan kepada penduduk. Kami kini sedang menumpukan usaha mengenal pasti secara terperinci apa yang berlaku bagi membolehkan kami menangani isu yang timbul dengan sewajarnya," menurut syarikat itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu langkah telah diambil dengan bantuan dan sokongan pihak bomba terutama pasukan Hazmat dan pihak berkuasa berkaitan, bagi mengurangkan bau kimia dan mengawalnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.177300 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list