CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 0

[Perak] Segera ke klinik, hospital jika ada simptom cacar monyet

[Copy link]
Post time 26-8-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib Reuters

Ipoh: Orang ramai di negeri ini dinasihatkan supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox).

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak A Sivanesan berkata gejala berkenaan adalah seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulapapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki diikuti bahagian-bahagian tubuh yang lain.

"Penyakit ini berjangkit dan perlu dikuarantin sekiranya positif. Saya harap orang ramai berwaspada dan lakukan saringan kesihatan jika terdapat tanda-tanda yang telah dinyatakan," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Kesihatan Awam yang berlangsung di Aeon Mall Station 18 di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat dua kes positif jangkitan mpox di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan kes itu disahkan pada 26 Julai membabitkan seorang lelaki warga asing, manakala kes kedua ialah seorang lelaki tempatan yang juga kontak kepada kes mpox pertama serta disahkan positif mpox pada 29 Julai lepas.

Sivanesan berkata sehingga kini, masih tiada sebarang laporan membabitkan penyakit cacar monyet di negeri ini.

Katanya lagi, bagi membendung penyakit itu daripada menular, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melaksanakan langkah pencegahan awal melalui pemantauan di semua lokasi berisiko termasuk pintu masuk antarabangsa.

"Pemantauan dilaksanakan terhadap semua individu berisiko termasuk pengembara atau pelancong melalui saringan mpox yang dilakukan di pintu masuk antarabangsa khususnya lapangan terbang.

"Selain itu, latihan turut diberikan kepada semua anggota JKN bagi memastikan pengendalian kes berkaitan mpox ini dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang kempen yang dilaksanakan, beliau berkata ia dianjurkan oleh Quest International University dengan kerjasama JKN Perak serta bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya berkaitan penjagaan dan rawatan kulit.

Beliau berkata perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma selain orang ramai turut berpeluang menyertai aktiviti lain seperti forum kesihatan, bengkel masakan makanan berkhasiat dan sebagainya.

"Usaha melalui kempen ini harus diberikan pujian kerana bukan hanya percuma, malah turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang sememangnya berguna untuk orang ramai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... imptom-cacar-monyet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049479 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list