CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2423|Reply: 0

[Selangor] Pura-pura minta bungkus, lari tidak bayar makanan RM27

[Copy link]
Post time 26-8-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Kak Ji yang juga pemilik kedai makan di Kota Bharu menceritakan pelanggannya melarikan diri enggan membayar makanan.

PETALING JAYA – Pura-pura minta bungkus lebihan makanan yang telah dimakan, sebelum bertindak melarikan diri kerana enggan membayar harga makanan tersebut.

Itu tindakan kurang ajar seorang pelanggan yang melarikan diri selepas makan di sebuah premis di Kota Bharu, Kelantan seperti diceritakan pemilik kedai makan tersebut.

Berdasarkan video yang tular di TikTok, wanita yang juga pemilik kedai makan itu menceritakan, harga makanan dan minuman dipesan pelanggan tersebut berjumlah RM27.

“Dia datang makan dan lepas tu, dia tak bayar, dia lari. Dia buat-buat nak bungkus makanan. Tahu tak macam mana, spageti tinggal empat urat, lala tinggal ‘sebiji’ yang tak terbuka. Memang tak boleh makan pun lala tu.

“Mari kak bungkus (pelanggan panggil). Lepas tu lari. Jahatlah, sakit hati,” kata wanita itu yang dikenali sebagai Kak Ji bercerita menggunakan dialek Kelantan.

Seorang lelaki dalam video itu pula berkata, pelanggan tersebut sepatutnya memaklumkan kepada pemilik kedai jika benar-benar terdesak dan tidak perlu melarikan diri.

“Tak baik buat begitu, jangan buat. Kalau tak ada duit, bagi tahu saja.

“Kalau nak berhutang dulu, bagi tahu. Insya-Allah tuan kedai Kak Ji ni baik hati. Kalau orang buat begitu, siapa tak marah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... bayar-makanan-rm27/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list