CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3799|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 11 maut diserang pak belalai

[Copy link]
Post time 27-8-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Perhilitan menangkap gajah liar yang mengganggu penduduk.

Kuala Lumpur: Sebanyak 11 kes kematian akibat serangan gajah liar direkodkan dalam tempoh lapan tahun iaitu antara tahun 2015 hingga 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, statistik itu tidak membabitkan tiga lagi kes kematian akibat serangan haiwan sama di Lipis, Pahang, Gua Musang, Kelantan dan Pos Kemar, Perak pada tahun ini.

Selain itu, katanya, sebanyak 15 kes kecederaan akibat serangan gajah turut direkodkan dalam tempoh lapan tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 26 insiden,

"Sejak Januari hingga Jun 2023 sebanyak 25 ekor gajah konflik berjaya ditangkap anggota Perhilitan dan dipindahkan ke habitat baharu. Jumlah ini jelas meningkat berbanding 33 ekor gajah ditangkap sepanjang di sepanjang tahun 2022.

"Jika trend ini berterusan sehingga ke hujung tahun (2023), ia akan menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus dan keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Kadir berkata, sejak Januari 2023 sehingga Jun 2023, sebanyak 476 aduan gangguan gajah diterima pihak Jabatan Perhilitan.

"Berdasarkan kajian, gajah liar kerap menceroboh masuk ke kawasan kampung disebabkan mencari sumber makanan. Ini adalah kerana kawasan kampung mempunyai kebun, dusun atau jenis tanaman yang disukai oleh gajah seperti pisang, tebu, buah-buahan (terutamanya durian) yang tidak terdapat di dalam hutan.

"Malah, tumbuh-tumbuhan ini adalah lebih berkhasiat dan mempunyai bau yang kuat berbanding dengan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan. Selain itu, sumber garam yang terdapat di dalam rumah penduduk juga menarik minat gajah mendapatkan makanan di kawasan penduduk," katanya.

Malah menurutnya, terdapat beberapa kes di mana gajah liar menceroboh bahagian dapur rumah penduduk untuk mendapatkan garam.

"Apabila ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan kampung atau taman perumahan melakukan kerja memotong pokok, gajah juga akan 'tersesat' masuk ketika cuba mendapatkan umbut sawit yang dipotong.

"Terdapat juga kejadian di mana gajah masuk ke kawasan kampung berdekatan disebabkan tersesat akibat gangguan yang berlaku di dalam habitat asal atau terkeluar dari kumpulannya," katanya.

Kadir berkata, bagi mengurangkan konflik gajah dan manusia, pihaknya aktif menjalankan operasi pemantauan, kawalan dan tangkapan gajah.

"Kami turut menjalankan program kesedaran keselamatan dari gangguan gajah kepada masyarakat bagi meningkatkan kefahaman dan kesiapsiaga

"Perhilitan turut mencadangkan kawasan penempatan selamat bagi masyarakat Orang Asli iaitu menyediakan kawasan tertentu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Konsep ini tidak menghalang mereka untuk masuk ke hutan atau bertani di kawasan lain.

"Namun jika ada gangguan yang mengancam nyawa di luar (kawasan hutan) mereka boleh berlindung di tempat yang disediakan," katanya.

Beliau berkata, Perhilitan turut bekerjasama dengan agensi yang terbabit dalam mempromosi model pertanian yang disesuaikan dengan bentuk konflik hidupan liar yang terdapat di sekitaran.

"Kami mencadangkan perancangan mitigasi dalam kelulusan pembangunan hutan, bertujuan mendapat kerjasama pihak Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula proses Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta memohon Kerajaan Negeri memberikan penekanan kepada Wildlife Management Plan (WMP) terutama kepada perancangan mitigasi hidupan liar yang berkesan.

"Selain itu, Perhilitan turut menjalankan pengkayaan di kawasan hutan simpan dengan makanan hidupan liar dan garam mineral. Keutamaan turut diberikan terhadap penjagaan jenut semulajadi dengan memberi penekanan jarak sesuai dari aktiviti penebangan hutan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iserang-pak-belalai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038265 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list