|
Miley Cyrus memang liar sejak muda
MILEY CYRUS
SELEPAS menuai sukses dengan single berjudul Flowers, penyanyi Miley Cyrus kini tampil dengan single terbaharunya berjudul Used To Be Young.
Cyrus dalam temu bualnya bersama British Vogue memberitahu, single tersebut merupakan sebuah lagu yang dicipta khas untuk menceritakan perasaannya ketika menginjak usia 30 tahun.
“Tahun ini usia saya sudah pun mencecah 30 tahun. Banyak perjalanan pahit dan manis yang telah saya lalui sehingga ke hari ini.
“Sebagai simbolik meraikan peningkatan usia, saya hadirkan single Used To Be Young, khusus untuk peminat tersayang,” ujarnya.
Dedah penyanyi itu, kehidupan ketika zaman remajanya tidak sesuai dijadikan contoh terbaik buat peminat kerana sering terpalit kontroversi, selain penampilannya yang dikatakan ‘liar’.
“Saya sedar, dahulu saya ‘gila’. Penampilan dan kelakuan saya tidak wajar dijadikan contoh terbaik. Ketika itu usia saya masih lagi muda.
“Seiring peningkatan usia, saya kini menjadi semakin matang,” jelasnya.
Single Flowers yang dilancarkan awal tahun ini mencipta kejayaan tersendiri apabila berada di tangga pertama carta Billboard Hot 100 selama lapan minggu selain dimuat naik sebanyak 500 juta pendengar menerusi platform Spotify.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ng-liar-sejak-muda/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|