CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18104|Reply: 252

Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’

  [Copy link]
Post time 30-12-2010 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’
30/12/2010 4:15pm


TUARAN, 30 Dis. - Belia di Sabah yang teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap, media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2010 04:46 PM | Show all posts
ha'ah la plak...
kenapa bukan harimau malaysia...

tapi syukurlah bukan harimau 1malaysia... muntah aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:46 PM | Show all posts
aummmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

kitak gigit dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:47 PM | Show all posts
lah...
itu pun nak jadi hal ke???
harimau malaya ke harimau malaysia ke yang penting tu skuad kebangsaan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by kazaraf at 30-12-2010 16:50

dah mcm indon plak nk suh tukar2 nama.. harimau malaya tu merujuk kpd spesis yg nama die mmg harimau malaya..  mana de spesis nama harimau malaysia..

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau_Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:49 PM | Show all posts
namakan saje panthera tigris malayensis.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2010 04:49 PM | Show all posts
Sensitif jugak ye diaorg
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:50 PM | Show all posts
Belia ni kena rajin sikit baca wikipedia.. harimau malaya ni nama spesis harimau. (Panthera tigris jacksoni) memang wujud.

Besok besok kalo tukar nama team kebangsaan kepada Orang Utan, Belia belia bandar marah pulak sebab kenapa tak letak nama Orang bandar instead of orang utan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2010 04:50 PM | Show all posts
Reply 5# kazaraf


    oohh itu macam ka...
harap2 geng2 sabah baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:51 PM | Show all posts
HARIMAU 1 MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:51 PM | Show all posts
aku rasa bukan belia sabah yg snsitif.
tp y snsitif hanya lah Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2010 04:53 PM | Show all posts
HARIMAU 1 MALAYSIA
lkick2113 Post at 30-12-2010 16:51



    bersyukurlah bukan yg ni nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:53 PM | Show all posts
kehulu kehilir nak tersinggung....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:55 PM | Show all posts
sentap tak bertempat :re::re:

habis tu ingat lagi tak kes atlit angkat berat negara yg sarung jersi Sabah, instead of Malaysia?

takde pown jejaka Semenanjung nak sentap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:56 PM | Show all posts
kalo ade spesis harimau malaysia x yah laa susah2 gelar harimau malaya...alahaiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:57 PM | Show all posts
bersyukurlah bukan yg ni nama dia
atira Post at 30-12-2010 16:53



    aku cari gambar Harimau 1 Malaysia x jumpe la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 04:57 PM | Show all posts
Di harap mereka yang sentap tak bertempat itu, sila baca posting ilmiah # 8 oleh forumer Tebabo
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:57 PM | Show all posts
harimau malaya binatang tu mana ada kt kwsn sabah dan sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:58 PM | Show all posts
alahh...tak menjadi hal pun kalau tak guna nama Harimau Malaysia. Cina ngan India dan tak ketinggalan Sikh juga peranakan kat semenanjung nih nan ado kesah pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2010 04:58 PM | Show all posts
mungkin depa ni tak peduli pasal spesies...
depa nak gak namakan harimau malaysia... tak merujuk kepada spesies mana2

apa2 la labu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.095257 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list