CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2370|Reply: 2

[Politik] 'Rakyat tuntut kata-kata PM seperti meningkatkan tata kelola dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran diterjemah dalam bentuk tindakan nyata'

  [Copy link]
Post time 28-8-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 28-8-2023 08:59 PM


Mohammad Fazril

SHAH ALAM - Prinsip dan amalan tata kelola yang baik (good governance) adalah wajib untuk diamal dan dilaksanakan dalam pentadbiran sesebuah negara.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, ia bukan lagi harus menjadi satu retorik, tetapi rakyat menuntut pelaksanaannya.

"Rakyat kini menuntut kata-kata Perdana Menteri itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata, bukan lagi retorik, apatah lagi menjelang satu tahun pentadbiran eksekutif di bawah pimpinan beliau," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Anwar sebelum ini kerap kali menzahirkan komitmen untuk membanteras rasuah di negara ini, terbaharu Anwar sekali lagi menegaskan agenda untuk meningkatkan tata kelola di negara ini akan diteruskan dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran.

Tegas Anwar, tata kelola juga merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu ditekankan semasa pertemuan dengan ketua jabatan dan agensi penguat kuasa berkaitan jenayah kewangan di Kementerian Kewangan, petang Rabu.

Tambah Fazril sudah pasti agenda tata kelola yang baik memerlukan kepemimpinan yang kuat, adil dan tegas bagi memastikan ia dapat direalisasikan di lapangan.

"Negara kita sudah pun mempunyai pelbagai institusi dan agensi yang sewajarnya membantu ke arah meningkatkan tata kelola, seterusnya menangani permasalahan ketirisan dan salahguna kuasa.

"Ini termasuklah inisiatif mutakhir oleh kerajaan dengan kelulusan di Parlimen, Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (Akta 822), yang membawa kepada penubuhan institusi ini yang berperanan menyelaras dan bekerjasama dalam operasi bersepadu dengan agenda penguatkuasa dalam perkara berkaitan jenayah kewangan," katanya.

Tegasnya, negara kehilangan berbilion ringgit akibat perbuatan jenayah kewangan berkaitan pengelakan cukai dan duti kastam, penyeludupan barangan seperti rokok dan minuman keras, penyalahgunaan subsidi seperti gas petroleum cecair (LPG), diesel dan minyak masak serta penyalahgunaan insentif cukai di zon bebas cukai.

"Ini belum lagi hal-hal menyangkut ketirisan yang disebabkan amalan kronisme dan 'favouritism', pecah amanah dan salah guna kuasa, yang seringkali menjadi "permainan" ahli politik dan pegawai pangkat tinggi, justeru prinsip perjuangan tata kelola ini perlu dilaksanakan," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/275482/khas/rasuah-busters/rakyat-tuntut-kata-kata-pm-diterjemah-dalam-bentuk-tindakan-nyata

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu juga dengan memanusiawikan madani agar libat urus lebih terangkum...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatakelola hanyalah sekadar retorik untuk mengagumkan pentaksub2 akal rendah PH.

Yang confirm dilaksanakan adalah papakelola dengan tanpa rasa malu dan segan silunya melantik anak sendiri jadi penasihat kanan ekonomi  dan kewangan kepada Perdana Menteri.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.059661 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list