CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2006|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Debaran penyampai komentar

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

NUR Nadhirah dan Aslam Hairi berganding bahu menyampaikan komentar persembahan udara semasa raptai sambutan Hari Kebangsaan 2023. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Di sebalik deruan jet dan pesawat, suara penyampai komentar pertunjukan udara pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang bergema di Dataran Putrajaya pasti turut menggamatkan suasana.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Nur Nadhirah Nazri, 29, yang pertama kali diberi amanah menyumbangkan suara bagi menyampaikan komentar semasa pertunjukan itu berkongsi rasa bangga dan terharu dengan kepercayaan diberikan.

"Saya hanya berbekalkan pengalaman sebagai commentator pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (Lima 2023) lalu, saya tidak mendapatkan latihan formal sebelum ini, saya sahut cabaran (untuk menyampaikan komentar).

"... walaupun sedikit gemuruh kerana membawa nama TUDM, tetapi saya yakin dengan kebolehan dan kerjasama antara semua elemen (pihak) seperti elemen air dan ground yang memaklumkan waktu sasaran, itu membuatkan ia lebih mudah sebab kita boleh anggar masa untuk penyampaian komentar," katanya.

Bagi Kapten Aslam Hairi Abdul Rashid, 33, yang digandingkan dengan Nur Nadhirah, beliau berkata, penyampai komentar berperanan penting dalam menyampaikan komentar bertepatan dengan pertunjukan dan situasi semasa di lokasi.

"Harapan saya setiap apa maklumat dan komentar yang saya berikan selari dan diisi dengan fakta sepatutnya rakyat tahu, sebab mungkin rakyat kurang arif dengan aset dimiliki negara.

"Dengan pertunjukan udara ini dan penyampaian komentar pada masa sama, sekurang-kurangnya orang ramai yang hadir bukan sahaja teruja, malah memperoleh maklumat bermanfaat mengenai aset pertahanan negara," katanya yang berpengalaman menyampaikan komentar pertunjukan udara pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, pengacara Jovenea Jim Lajim yang berkecimpung dalam industri pengacaraan selama 10 tahun turut membuat kemunculan semula pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini selepas kali terakhir mengacarakan acara itu, tujuh tahun lalu.

Beliau yang terbang dari Kota Kinabalu, Sabah berbangga menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang gigih menjayakan sambutan hari bersejarah negara, dan menyifatkannya sebagai peluang keemasan untuk berkolaborasi dengan rakan pengacara di Semenanjung, sekali gus menyuntik semangat patriotik.

"Sambutan ini untuk kita terus menyemarakkan semangat kita memperingati dan menghargai tanah air, dan satu perkara yang penting ialah Hari Kebangsaan ini untuk kita semua, rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak meraikan penyatuan ini," katanya yang turut digandingkan dengan pengacara Terrence Dass dan Syuhaida Ariffin.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos.

Ini kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya.

Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Dianggarkan bilangan pengunjung menjangkau 100,000 orang dan persiapan menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 giat diatur pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penyampai-komentar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039600 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list