View: 984|Reply: 0
|
[Selangor]
Polis giat buru lima suspek terlibat kes rogol
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. - AGENSI
PETALING JAYA: Usaha memburu lima suspek termasuk abang ipar seorang wanita yang dirogol secara bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Wangsa Maju dekat sini kelmarin sedang diperhebat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya masih berusaha mengesan suspek-suspek yang terlibat.
Kata beliau, usaha mengesan kesemua suspek itu berkemungkinan dapat dilakukan dalam masa terdekat memandangkan mangsa mengenali pelakunya.
“Kami masih berusaha mengesan suspek yang terlibat, setakat ini, belum ada perkembangan terbaru tetapi kami telah mengadakan siasatan yang menunjukkan perkembangan positif dalam usaha menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan tindakan merogol seorang wanita secara bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Wangsa Maju dekat sini kelmarin dilakukan oleh tiga individu.
Dalam pada itu, polis memaklumkan mangsa rogol berkenaan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Wanita berusia 27 tahun itu dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Polis turut mengesan seorang saksi iaitu Muhammad Nuraffiq Ja’afar berusia 29 tahun beralamat di PPR Laksamana Cochrane 2, Jalan Peel, dekat sini.
Terdahulu, polis mengesahkan pihaknya sedang mengesan kelima-lima suspek yang dipercayai melarikan diri selepas mangsa berusia 27 tahun itu membuat laporan polis.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.
Suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan terkutuk itu.
Katanya, selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek terus melarikan diri menyebabkan dia cedera dan lebam di tangan.
Sebelum kejadian, anak saudara mangsa turut terlihat kesemua suspek pulang ke rumah bersama abang iparnya.
Difahamkan ketika kejadian, kakak mangsa tiada di rumah dipercayai keluar dari kediaman tersebut sejak beberapa minggu lalu akibat perselisihan faham dengan abang ipar mangsa.
Tambahnya, akibat trauma dengan kejadian itu, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... terlibat-kes-rogol/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|