CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1292|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin.

"Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pempengaruh media sosial terkenal di Batang Kali, semalam.

"Polis meminta agar orang ramai berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya di sekitar kawasan berkenaan.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai haiwan itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dengan menelefon 03-60641132 bagi membantu pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-di-hulu-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.089235 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list