CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2210|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Laluan perangkap nahas

[Copy link]
Post time 4-9-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode

CERUN runtuh di Jalan Bukit Tangga yang sedang dibaiki namun pengguna jalan raya mendakwa tidak mempunyai tanda amaran mencukupi.

Jelebu: Keindahan alam semula jadi dan bukit- bukau di Jalan Bukit Tangga yang menghubungkan daerah ini dengan Seremban tidak setanding jolokan diberi masyarakat tempatan kepadanya.

Laluan itu yang juga laluan utama penduduk termasuk di bawah Jalan Persekutuan 86 atau Route 86, dikatakan jalan perangkap kemalangan apabila kerap berlaku kejadian tidak diingini.

Penduduk menggesa laluan itu dinaik taraf supaya mengelak lebih banyak kemalangan di masa depan, apatah lagi jalan itu juga laluan alternatif untuk ke pantai timur khususnya ketika musim perayaan.


Bagi penduduk daerah ini, Mohd Azhar Jusoh, 36, Jalan Bukit Tangga menjadi laluan utamanya setiap kali mempunyai urusan di Seremban.

Katanya, keadaan jalan yang berselekoh dan tiada lampu jalan mencukupi, menyukarkan pemandu sepertinya terutama apabila memandu pada waktu malam.

"Laluan itu merupakan laluan di lereng bukit, jadi perlukan kawalan tambahan untuk menjadikan ia lebih selamat dilalui sama ada ketika mendaki atau menurun.

"Selain jalan perlu diturap baharu, pihak berkuasa perlu beri perhatian terhadap tanda-tanda amaran seperti papan tanda, garisan jalan atau pemasangan paku jalan dan pantulan cahaya.


"Laluan itu juga boleh diibarat seperti bom jangka kerana keadaan lereng bukit yang berisiko menyebabkan tanah runtuh," katanya.

Peniaga makanan, Mohd Faizal Abd Latif, 43, dari Kampung Kampai di sini berkata, kerajaan perlu menaik taraf laluan berkenaan kerana ia semakin menjadi tumpuan pengguna jalan raya.

Dakwanya, Jalan Bukit Tangga yang sebahagian daripada Jalan Kuala Klawang-Seremban pernah menjadi perdebatan pengguna media sosial kerana kerap berlaku kemalangan.

"Ramai yang mendakwa jalan di situ licin, gelap dan bagi pemandu yang pertama kali melaluinya, memang mencabar.

"Selain jalan yang berselekoh, tumpahan minyak kenderaan berat turut menjadi masalah kepada pengguna jalan, khususnya penunggang motosikal," katanya yang memberitahu akan menggunakan laluan itu tiga kali seminggu untuk membeli barang keperluan kedai makannya.

Seorang lagi pengguna jalan, Abdullah Mohd, 50, mendesak supaya laluan terbabit 'diterangkan' dengan cahaya lampu, selain diletakkan amaran di selekoh berbahaya.

Katanya, dia juga kecewa apabila garisan pemisah jalan yang pudar hingga mengelirukan pengguna jalan, selain kurangnya garisan kuning di kawasan bahaya atau licin.

"Kadang kala pengguna terutama yang pertama kali melalui jalan ini pening. Dengan keadaan jalan yang ada empat lorong, tetapi tiada pengadang jalan.

"Ada juga ketikanya, lorong ditutup sebab tanah runtuh. Ini juga bahaya," katanya yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menaik taraf laluan itu.


Disiarkan pada: September 4, 2023 @ 6:45am



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039581 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list