CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2177|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Satu gambar RM5 sahaja, scam apa harga begitu?

[Copy link]
Post time 4-9-2023 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Kumpulan jurugambar bergerak yang mengenakan caj untuk perkhidmatan mengambil gambar kepada pengunjung di Menara Berkembar Petronas.

Kuala Lumpur: "Kami tidak paksa guna perkhidmatan kami, satu gambar RM5 sahaja…'scam' apa harga begitu?," kata Datu Al Basir Datu Ismail, salah seorang jurugambar bergerak di hadapan Menara Berkembar Petronas, di sini.

Katanya, dia terkilan apabila dirinya dan rakan-rakan yang berasal dari Sabah dituduh sebagai pendatang asing, malah tular dakwaan menuduh mereka mengambil kesempatan menipu pelancong dengan mengenakan caj melampau untuk satu gambar.

Datu Al Basir,36, berkata, dia yang sudah lebih tujuh tahun berhijrah ke ibu negara hanya ingin mencari rezeki halal untuk menyara isteri dan lima anak kecil yang kini berada di Tawau, Sabah.

"Baru-baru ini tular seorang pelancong Indonesia mengatakan kami 'scam' pelancong. Itu semua fitnah, dia (pelancong) ambil gambar kami secara senyap-senyap dan buat video begitu.

"Kami tidak memaksa, setiap gambar yang pelanggan berkenan sahaja kami akan caj RM5 dan kalau mereka tidak berkenan kami tidak kenakan bayaran," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat lebih kurang 40 jurugambar bergerak yang menjadikan lokasi itu sebagai lubuk mencari rezeki bermodalkan peralatan seperti lampu led, telefon pintar, dan penstabil telefon.

"Kami dari pagi sampai ke petang di sini, duduk di bawah panas terik niat cuma hendak mencari rezeki yang halal.

"Jadi saya berharap orang ramai berhenti menuduh kami sebagai 'scammer' yang hanya mengambil kesempatan atas orang ramai," katanya.

Tinjauan Harian Metro selama beberapa jam di lokasi itu mendapati kumpulan berkenaan menyasarkan pelancong sebagai pelanggan dan rata-rata individu yang menggunakan perkhidmatan mereka dilihat berpuas hati dengan gambar diambil.

Jurugambar bergerak berkenaan juga bijak mencari sudut terbaik berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas sambil mencadangkan gaya menarik semasa bergambar bagi menarik pelanggan.

Bagaimanapun, menurut petugas keselamatan di lokasi berkenaan mereka banyak menerima aduan berkaitan ketidakpuasan hati berkaitan jumlah upah yang diminta kumpulan jurugambar berkenaan daripada pengunjung.

Difahamkan, selepas isu terbabit ditularkan, pihak pengurusan tidak membenarkan mana-mana jurugambar bergerak untuk beroperasi di dalam premis termasuk kawasan air pancut yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Mereka ini sudah agak lama di sini cuma sekarang mereka tidak dibenarkan masuk jadi mereka buat di bahagian luar (siar kaki) sahaja tetapi kadang-kadang ada juga yang curi-curi masuk.

"Kalau di waktu siang agak kurang kerana mereka ramai, di malam hari mungkin kerana gambar yang lebih cantik dan lebih ramai pengunjung," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... am-apa-harga-begitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.104985 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list