CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

[Selangor] Kalau dah jodoh... sudah berpisah kembali bersama

[Copy link]
Post time 4-9-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode

NYAK Zurimin Nyak Ibrahim dan Taylor Melanie bergambar kenangan dengan keluarga pada majlis persandingan. FOTO Ihsan Nyak Allysa Natalia

Shah Alam: Selepas tiga tahun berpisah dan membawa haluan masing-masing, jodoh menyatukan Nyak Zurimin Nyak Ibrahim dan Taylor Melanie untuk kembali bersama sebagai suami isteri.

Nyak Zurimin, 49, dan Melanie, 50, diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Salak Tinggi, Sepang kelmarin manakala majlis persandingan mereka diadakan di sebuah dewan dekat Subang Jaya, semalam.

Kisah penyatuan mereka mendapat perhatian warganet selepas dikongsikan anak bongsu pasangan itu, Nyak Allysa Natalia, 23, atau mesra disapa Lisa di TikTok.

Bercerita lanjut, Lisa berkata, dia dan dua adik beradik yang lain sedih dengan perpisahan ibu bapa mereka tiga tahun lalu.

Jadi, Lisa berkata, dia dan adik beradiknya sangat gembira apabila dapat tahu ibu bapanya mahu merujuk semula dan kembali hidup sebagai sebuah keluarga.

"Selepas berpisah, kami adik beradik tinggal bersama mama (nama panggilan ibu) di Puchong, Selangor manakala baba (nama panggilan untuk bapa) di Cyberjaya.

"Walaupun tak lagi bersama, hubungan baba dan mama baik malah baba ada datang ke rumah mama untuk jumpa anak serta cucunya.

"Cuma, pada satu hari dalam tahun ini, mama tiba-tiba beritahu baba ajak kahwin dan kami adik beradik mulanya terkejut juga.

"Mama beritahu baba ajak beli cincin jadi daripada situ, kami sedar yang mereka serius untuk rujuk kembali," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Lisa, dia mahupun adik beradik lain tidak mempengaruhi keputusan ibu atau bapanya baik sejak sebelum berpisah hingga berkahwin semula.

"Kami tak masuk campur kerana mereka yang menjalani hidup rumah tangga.

"Bagaimanapun, kami ada pujuk ketika mereka nak berpisah dulu kerana bukan sekejap tetapi 26 tahun mama dan baba berkahwin.Tapi akhirnya mama dan baba yang buat keputusan.

"Sama juga apabila mereka nak rujuk semula, kami serahkan keputusan itu di tangan mama dan baba untuk pilih jalan yang terbaik.

"Sebagai anak, saya tentunya sokong kerana mereka ibu bapa kandung saya. Lagipun, saya nampak baba tak boleh hidup tanpa mama," katanya.

Berhubung majlis perkahwinan pula, Lisa berkata, dia dan adik beradiknya membantu ibu dan bapa mereka membuat persediaan hingga berlangsungnya majlis.

"Kami sekeluarga teruja buat persiapan dan Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

"Pengikut di TikTok juga teruja kerana saya pernah 'live' bersama mama dan baba jadi mereka terkejut serta gembira apabila dapat tahu perkembangan ibu bapa saya berkahwin semula.

"Setakat ini, rata-rata komen diterima positif malah yang pernah lalui nasib seperti saya juga mengharap ibu bapa mereka yang sudah berpisah kembali hidup bersama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... sah-kembali-bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list