CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 1

[Politik] Keputusan mahkamah menunjukkan tuduhan bermotif politik berjaya dihentikan - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 4-9-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan mahkamah menunjukkan tuduhan bermotif politik berjaya dihentikan - Ahmad Zahid


AHMAD Zahid ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi hari ini. FOTO Bernama



Kuala Lumpur: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan terhadap kes dihadapinya menunjukkan tuduhan bermotif politik selama ini sudah berjaya dihentikan.

Beliau berkata, selepas ini menjadi tugasnya serta kepimpinan BN dan Umno untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap segala bentuk tuduhan politik yang selama ini dilempar kepada mereka.

"Tugas kami dalam Umno dan BN adalah untuk meneruskan perjuangan ini. Supaya lemparan tuduhan yang selama ini bermotifkan politik dapat dan sudah dihentikan," katanya pada sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonanTimbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Ahmad Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti memberikan sokongan sepanjang menghadapi perbicaraan kes itu.

"Ini perjuangan yang harus diteruskan saya secara peribadi dan rakan-rakan dalam kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, pengerusi perhubungan (negeri), ketua bahagian dan ketua cawangan di pelbagai peringkat.

"Saya ucapkan terima kasih atas dokongan rakan-rakan dalam MKT dimana parti komponen BN juga sudah memberikan sokongan moral kepada saya," katanya yang hadir diiringi ahli keluarga, penyokongnya serta pemimpin Umno.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -berjaya-dihentikan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 02:07 PM | Show all posts
melepas tanpa membebaskan


= Berjaya menghentikan tuduhan bermotifkan politik?

Bitch, whatever helps you sleep at night
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 1.530185 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list