|
Seorang wanita Ayu Wulandari menceritakan pengalaman hidupnya selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang hanya dikenali selama tiga bulan.
Wanita dari Indonesia itu mengatakan dirinya bukan hanya ditipu tetapi dikelilingi hutang selepas suami menggunakan namanya untuk melakukan beberapa pinjaman.
Ayu mendakwa telah dikenalkan dengan seorang lelaki melalui jiran yang juga rakan sepejabat.
Gambar Hiasan
Sewaktu berkenalan dengan lelaki yang diberi gelaran D, Ayu mengaku sudah diberitahu tentang masa silamnya.
“D beritahu dia seorang duda satu anak dan saya percaya. Dia ajak bertunang dan saya terima semua masa silamnya.
“Namun sewaktu bertunang sudah ada banyak keraguan yang timbul. Antaranya keluarga kami didatangi seorang wanita yang mengaku masih punya hubungan dengan D.
“Sewaktu proses menikah, D juga memberikan surat penceraian yang tarikhnya sangat meragukan. Hal itu kerana dia beritahu anaknya baru berusia dua tahun tapi tarikh anak terakhir tercatat lebih lama daripada usia tersebut,” ujar Ayu seperti dilaporkan Detik.com.
Namun Ayu tetap meneruskan perkahwinannya pada Februari 2023 lalu.
Dan selepas berkahwin lebih banyak penipuan D terbongkar. Dipendekkan cerita D rupa-rupanya duda yang telah menikah sebanyak lima kali!
“D bukan duda anak satu, tapi tujuh! Dan dia sudah berkahwin sebanyak lima kali dengan anak terakhir baru lahir serta sempat dijaga saya!”dedahnya lagi.
Tidak mahu terus diperdaya, Ayu akhirnya meminta cerai daripada D dan kini wanita tersebut hanya mahu lelaki itu menyelesaikan segala hutang yang membuat hidupnya kini susah. -CARI |
|