CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1878|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Irdina perlu RM100,000 untuk bedah jantung

[Copy link]
Post time 5-9-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode

NUR Irdina Sofia memerlukan RM100,000 untuk merawat komplikasi jantung yang dihadapinya. FOTO Aizuddin Saad.

Kuala Lumpur: Baru berusia enam tahun, namun Nur Irdina Sofia Abdul Muiz sudah menderita masalah komplikasi jantung kongenital selain autisme tahap ringan.

Nur Irdina Sofia menghidapnya sejak lahir dan sudah menjalani tiga pembedahan termasuk 'BT Shunt' dan 'Glenn Shun' pada usia dua bulan hingga dua tahun.

Meskipun begitu, keadaannya belum pulih sepenuhnya dan masih perlu menjalani pembedahan keempat iaitu prosedur Fontan di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur (GHKL) yang berkos RM100,000.

Ibu angkatnya, Nurul Diyanah Othman, 34, berkata, dia hanya seorang suri rumah manakala suaminya, Nurul Faizal Mustapa, 44, bekerja sebagai pemandu traktor yang berpendapatan RM1,500.

"Jadi, kami tidak mampu mencari wang sebanyak itu untuk menampung kos pembedahan," katanya yang tinggal di Ladang Sindora Jalan Kota Tinggi-Kluang, Johor.

Menurutnya, mereka mengambil kanak-kanak itu yang dipanggil Irdina sebagai anak angkat sejak dilahirkan pada 2017 dan dia seperti bayi lain yang tidak mempunyai masalah.

"Bagaimanapun, saya ada nampak lekuk pada dadanya dan selepas diberi minum susu, muka Irdina bertukar pucat kebiruan. Kami bawa ke hospital dan doktor maklumkan paras oksigennya menurun.

"Selepas pemeriksaan lanjut, baru kami tahu Irdina ada penyakit jantung, namun reda kerana sudah tanggungjawab kami membesarkannya," katanya hari ini.

Nurul Diyanah berkata, Irdina akan dibawa ke GHKL untuk rawatan pada setiap enam bulan dan kos ubat-ubatan sebanyak RM1,000 ditanggung Baitulmal.

"Bagaimanapun, rawatan dan pembedahan sebelum ini tidak memadai, dia perlu dibedah lagi dan difahamkan ini pembedahan terakhir.

"Doktor ada memaklumkan risiko pembedahan namun, mengesyorkan ia dilaksana segera demi kebaikan Irdina," katanya.

Nurul Diyanah berharap, orang ramai dapat membantu bagi membolehkan anak angkatnya membesar dan hidup normal seperti kanak-kanak lain.

Katanya, dia berharap Irdina dapat ke sekolah dan bergaul bersama rakan sebayanya, selepas sukar menyesuaikan diri apabila belajar di tadika sebelum ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Selain itu, ia boleh disalurkan menerusi akaun bank Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Maybank 5141-0532-3170 dan Bank Muamalat 1401-0008-8427-18).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-bedah-jantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.142979 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list