|
Korea Selatan! Salah satu lokasi yang pasti menjadi destinasi percutian impian buat kebanyakkan orang kerana makanannya yang sedap, dan tempat yang menarik. Zaman sekarang, budaya K-Pop, K-Drama manjadi trend terkini bagi generasi muda, jadi Korea Selatan menjadi tumpuan dunia untuk melancong.
Disini ada 5 tempat menarik di Korea Selatan yang popular ‘wajib’ singgah kalau bercuti di Korea Selatan.
1. GARDEN OF MORNING CALM
Bagi mereka yang suka alam semula jadi dan juga suka taman botani, pergi ke Garden of Morning Calm, salah satu taman yang paling indah di Korea.
Diilhamkan oleh nama panggilan Korea, ‘The Land of the Morning Calm’, taman ini memberi tumpuan kepada kecantikan semula jadi negara dan mempamerkan pengaturan bunga dan taman-taman berlanskap yang dibina selaras dengan persekitarannya.
Terletak di utara Seoul di Gapyeong, Provinsi Gyeonggi, Garden of Morning Calm boleh sampai dalam masa 2 jam dengan kereta.
Di sekitar Garden of Morning Calm, terdapat banyak tarikan terkenal lain yang mungkin anda ingin meneroka juga, seperti Nami Island, Petite France dan Gangchon Rail Park.
2. PULAU NAMI
Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Korea. Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran.
Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.
Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.
3. SEORAK MOUNTAIN (NATIONAL PARK)
Seorak Mountain sebenarnya adalah salah satu gunung yang cantik di Korea. Cuma kami suggest untuk anda datang pada musim bunga atau luruh.
Pandangan pada musim sejuk hanya putih sahaja. Tiada apa yang menarik bagi kami. Jadi anda patut merancang dahulu seelok-eloknya perjalanan anda sekiranya anda teringin nak singgah ke tempat ni.
Ada juga waktu-waktu yang tak dibenarkan untuk hiking ke sini atas sebab-sebab tertentu. Jadi jangan lupa juga untuk lihat weather forecast.
4. GWONGEUNGSEONG FORTRESS
Gwongeumseong Fortress adalah tapak reruntuhan istana yang terletak di Gunung Seoraksan, dan juga dikenali sebagai Mt. Istana Onggeumsan, atau Istana Toto. Ia terletak di kawasan Gunung Dolsan Seoraksan Sogongwon yang curam.
Ia dipercayai telah dibina oleh Raja ke-23 dari Tempoh Goryeo (918-1392), Gojong (r 1213-1259). Ia juga dikenali sebagai Kastil Gwon-Kim, kerana terdapat legenda bahawa dua jeneral bernama Gwon dan Kim, membina istana untuk mengelakkan peperangan.
Di sebelah kiri Sogongwon, melewati Jembatan Biryonggyo di atas jurang, terdapat jalan yang menuju ke Istana Gwongeumseong, tetapi ia memerlukan lebih dari satu jam perjalanan melalui jalan curam, berbatu (2.5km), jadi kereta kabel digunakan.
Kereta kabel dipasang oleh Dr. Gi-Sup Lee pada tahun 1971 dan masih digunakan oleh ramai pelancong. Ia berjalan dari 7 pagi hingga 6 atau 6:30 pagi, berlepas setiap 7 minit, dan anda hanya boleh membeli tiket bulat di kaunter tiket untuk hari itu.
5. EVERLAND
Everland adalah theme park atau taman hiburan terbesar di Korea Selatan. Taman hiburan ini dibuka pada tahun 1976 dan letaknya berada di kota Yongin, provinsi Gyeonggi-do, Korea Selatan.
Sekiranya anda dah sampai di Korea, semestinya anda tak nak melepaskan peluang untuk pergi ke taman tema yang terkenal di Korea iaitu Everland dan Lotte World.
Harga untuk tiket on-day pass Everland adalah 54,000 won (RM 197) . Tiket Lotte World pula dijual dengan harga RM 116 berbanding dengan harga asal RM 190 (52,000 won) dan korang dah boleh jimat banyak duit dengan cara ini.
Jadi selain senarai kat atas ni, mana lagi lokasi yang korang rasa patut pergi kalau berpeluang ke Korea Selatan?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|