View: 6579|Reply: 52
|
"Cikgu Lempang Kakak Sampai Sakit Gigi, Ketuk Kepala Dengan Buku” - Ibu Bengang Cikgu Terlampau Garang Dan Kasar
[Copy link]
|
|
Seorang ibu sedih apabila anak yang baru dua minggu dihantar ke sekolah pulang dalam keadaan menangis dan termenung.
Di Facebook, Amy Syaquena menceritakan semula kisah di sebalik foto menunjukkan wajah sedih anaknya yang dirakamkan pada 12 April lalu.
Menurut Amy, anak perempuannya, Aisya, mula mengadu berasa takut dengan seorang guru yang dikatakan garang dan sering memukul murid termasuklah dirinya sendiri.
Foto: FB
Ketika pertama kali mendengar luahan Aisya iaitu minggu kedua selepas sesi persekolahan bermula, Amy cuba menyedapkan hati anaknya itu dengan menyatakan guru tersebut garang untuk tujuan mendidik.
"Saya jawab, biasalah cikgu (pukul). Nak bagi anak murid pandai memang kena garang. Esoknya balik sekolah dia mengadu, cikgu ketuk kepala dia dengan buku. Boleh tak dia tak nak pergi sekolah masa cikgu tu ajar?
"Saya dah mula rasa tak sedap hati. Tapi tetap positif. Ala cikgu buat sikit je nak bagi kakak pandai. Dia kan tak pernah pergi sekolah. Jadi lambatlah sikit, tambahan pula traumanya baru nak pulih.
"Esoknya dari jauh nampak dia menangis teresak-esak dengan muka merah. Masuk kereta terus dia cakap, tengok kakak dah cakap cikgu garang, cikgu lempang muka kakak sampai sakit gigi kakak mama (panggilan untuk Amy)," Amy mengimbas kata-kata anaknya.
Mendengar luahan Aisya, Amy terus menghubungi suaminya dan segera membawa anak mereka ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.
Kata doktor, anaknya mengalami rasa sengal di bahagian gigi mungkin kerana dipukul atau ditampar dengan kuat.
Selain itu, doktor juga memberikan surat rujukan supaya Amy segera membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Tidak terhenti di situ, Amy seterusnya dipanggil ke sekolah disebabkan Aisya sekali lagi menangis kerana ketakutan.
"Masa tu (kena panggil) saya tak cukup tidur sebab Airis (anak) demam. Teremosi sikit. Saya beritahu dekat guru besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) apa dilalui untuk pulihkan Aisya.
"Cikgu yang pukul relaks je. Minta maaf pun tak. Dengan selamba jawab tu memang cara dia mengajar. Saya cakap, saya tak kisah cikgu nak marah atau pukul dia tapi bukan di muka atau kepala.
"Cikgu pun tahu dalam Islam pun melarang kita pukul anak di muka dan kepala. Macam biasa... diam. Hanya guru besar dan PK HEM je yang cuba tenangkan saya. Minta peluang untuk tengok macam mana lepas ni," jelasnya lagi.
Setelah kejadian itu, Amy menasihati anaknya supaya lebih berani dan kuat ketika berdepan situasi sama.
Dalam masa sama dia cuba mengabaikan aduan oleh Aisyah bagi mengelakkan tanggapan negatif berlarutan terhadap guru tersebut.
Namun, anaknya sekali lagi pulang dari sekolah pada Isnin menyatakan bahawa dia dan rakan sekelasnya dicubit sehingga lebam oleh guru sama gara-gara tidak membawa buku yang sepatutnya.
"Dia pun kena tadi sebab tak bawa buku. Dia kata dia dah siap letak dalam beg mungkin Airis (adik Aisya) ambil sebab adik suka khianat kakak dia.
"Cikgu suruh pilih nak pukul macam mana. Akhirnya cikgu cubit. Lebamlah kakinya. Saya cakap nak bagitahu abi (bapa Aisya), dia jawab jangan mama. Cikgu kata tadi bila kena pukul sikit mengadu dengan mak ayah. Kakak tak naklah.
"Aduh dah pandai ugut pulak. Ingatkan cikgu ambil pengajaran tapi entahlah... Apa pun tunggulah keputusan pakar psikitirik bulan hadapan," katanya.
Hantaran dibuat meraih perhatian netizen apabila ramai golongan ibu yang tidak bersetuju dengan cara mendidik atau denda yang dikenakan oleh guru tersebut.
Rata-ratanya meminta Amy mengambil tindakan sepatutnya terhadap pendidik itu demi mendapatkan pembelaan terhadap anaknya.
"Cikgu ni garang boleh tapi janganlah dera fizikal dan mental anak-anak. Nama pun budak kan. Kasihan dia.
"Untung ibu bapa sekarang cakna. Kadang terfikir kalau yang tak ada mak ayah nak bela anak macam manalah kan.
"Laporkan pada polis, please. Tindakan keras perlu diambil. Kasihan budak tu. Dah langgar etika guru," komen beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
siannya lahai.. nape la nk cubit2 student. nak marah2 studen smpi tahap tu |
|
|
|
|
|
|
|
kita tgk komen komen adakah akan cakap budak manja parent backup or backup cikgu huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Parents dia ni tolongla report polis .. apa yang susah nya .. jgn jadi bodoh pls |
|
|
|
|
|
|
|
pegi la hospital, lepas tu report polis. ambik report email dkt kementerian. Kemudian kita tengok drama queen sekolah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Skolah ank iols br jd haritu cikgu tolak kepala bdk. Terus direport. Guru besar dgn sgt gentle minta dia dulu berckp dgn cikgu tu sbb xnk nnt jd xbest bila nnt cikgu di kelas. Nk tukar cikgu bkn boleh ikut suka. So far mmg cikgu tu dh tone down takat laser mulut je.
Iols pn dulu kena cubit perut, tarik telinga, sideburn rotan tapak tangan hahaha tp tula ank-ank skrg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
budak tu baru darjah 2..aku paling pantang cikgu main kepala/muka ngan suka lempar2 buku..
sejenis x hormat ilmu ngan x hormat org...elok mak budak ni panjangkan aja ke polis
sian
tp ada jugak yg kata budak skrg acah2 lemah sgt.. dulu2 dier kene lagi teruk katanya..
helooooo..... jgn normalisasikan benda yg bukan2 boleh?? islam pun xajar memukul muka/kepala yer...samdol betul |
|
|
|
|
|
|
|
pegi sekolah lempang balik jgn ckp byk.. panjat kementerian tukar sekolah.. pantang aku org sepak muka anak org ni! |
|
|
|
|
|
|
|
mak dia pn blh thn jgk..nape ko xreport polis..ank dh trauma blik |
|
|
|
|
|
|
|
cutieslilies replied at 5-9-2023 04:24 PM
budak tu baru darjah 2..aku paling pantang cikgu main kepala/muka ngan suka lempar2 buku..
sejenis ...
Kannn...
Budak tu baru darjah 2, tahap 1...
Kalau dah tahap 2 tu boleh lg tu pun jgn la.main kepala, muka...boleh je rotan tangan.
Jgn samakan kita dulu kena teruk, sekarang budak2 lembik (wpun betul jugak tu)
Ironi nya, budak yg dibesarkan kena teruk tu skrg jd mak bapak kepada budak lembik
Mak pak sunat mudim vs anak sendiri sunat laser |
|
|
|
|
|
|
|
cutieslilies replied at 5-9-2023 04:24 PM
budak tu baru darjah 2..aku paling pantang cikgu main kepala/muka ngan suka lempar2 buku..
sejenis ...
Kalau cikgu pompuan mungkin dlm proses bercerai dgn tok laki gamaknya.....x dpt hempuk kpla somi hempuk kpla murid pun jd la..... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn ler lepas perasaan kat budak2. aper yg susah sgt nk paham. bidang kalau kerja dgn budak2 kena jaga makan mnum, jgn kuat gula supaye tak melampo dan melantun bila respon peel budak2. (ni kalau kesalahan gitu2 jelah, kalau kesalahan hazabedah paham lah nk melantun pun). masalah peribadi jgn bwk smpi ke sekolah, anak org tak sama pangkat darjat mcm anak sendiri, walaupun sama semua budak2. |
|
|
|
|
|
|
|
kelip2_07 replied at 5-9-2023 04:55 PM
mak dia pn blh thn jgk..nape ko xreport polis..ank dh trauma blik
Yg sebelum tu anak nye trauma sebab ape ek...
Btw, bila dah jadi kes gini kena sedia lah dipulau oleh cikgu/ sekolah....
|
|
|
|
|
|
|
|
kes lbh krg mcm nie jgk rsnye..
yee klu kita report mula lah cikgu2 pulau..jnisxleh ditegur jgk cikgu pn
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yakin ni cikgu generasi lama.
Cikgu2 generasi baru even lepasan KPLI DPLI tu jarang la buat gini. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai maknye lemahnye, cubala menyinga sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi cikgu2 SK memang kuat pukul, cubit budak. -____- |
|
|
|
|
|
|
|
Korang dulu pun cikgu physical abuse masa kat SK kan. Ha. |
|
|
|
|
|
|
|
sian budak tu jadi trauma, setan sungguh cikgunya tu |
|
|
|
|
|
|
|
tukar sekolah bukan penyelesaian utk cikgu2 gini.. nanti dia buat hal kat sekolah lain juga. better tahan gaji sebulan dua..baru dia tau takleh nak melaram beli handbag coach... |
|
|
|
|
|
|
| |
|