View: 3036|Reply: 0
|
[Selangor]
Ingkar notis dan amaran, MPS robohkan struktur bangunan kedai
[Copy link]
|
|
PIHAK MPS merobohkan struktur bangunan kedai perniagaan tanpa kelulusan di Jalan Gombak, Batu 6 3/4, Kampung Simpang Tiga Gombak, Gombak, semalam.
Gombak: Akibat ingkar terhadap amaran dan notis diberikan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pemilik sebuah struktur bangunan kedai perniagaan tanpa kelulusan di Jalan Gombak, Batu 6 3/4, Kampung Simpang Tiga Gombak, di sini, berdepan tindakan roboh.
MPS dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan satu operasi bersepadu bagi perobohan struktur itu dilaksanakan semalam atas kesalahan membina struktur bangunan di atas tanah rizab kerajaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Operasi bersepadu ini yang diketuai Azman Hisyam Kamarudin dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan MPS bermula 10 pagi membabitkan 29 orang dari jabatan dalaman MPS, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Operasi ini tamat 12 tengah hari dengan lancar tanpa sebarang halangan atau provokasi daripada pemilik struktur bangunan dan orang awam," katanya.
Katanya, tindakan perobohan itu dibuat berdasarkan aduan diterima di Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (Stars) dan penduduk kawasan sekitar.
"Malah, MPS sudah memberikan amaran serta notis kepada pemilik struktur bangunan berkenaan pada 17 Ogos lalu, sebelum tindakan perobohan diambil.
"Semua pemilik struktur bangunan diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak MPS terlebih dahulu sebelum merancang mendirikan apa-apa struktur bangunan.
"Ia bagi memastikan pembinaan struktur bangunan itu ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang di bawah kawasan pentadbiran MPS," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ktur-bangunan-kedai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|