View: 5990|Reply: 5
|
Risau tak ada tempat solat? Ini senarai masjid dan surau di Seoul, Korea
[Copy link]
|
|
Bila nak melancong ke sebuah negara yang majoriti bukan Islam, pasti menimbulkan sedikit kegusaran difikiran pelancong Muslim bila memikirkan soal makanana halal dan juga tempat solat terutamanya untuk kaum lelaki jika ingin solat Jumaat. Tapi jangan risau!
Semakin banyak hotel dan tempat menarik di Korea memperluaskan kemudahan dan perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pelancong Islam. Oleh itu banyak tempat di Seoul, Korea terutamanya telah mula menyediakan bilik doa atau tempat solat bagi memudahkan pelancong Islam menunaikan kewajipan yang satu itu. Berikut adalah senarai masjid dan tempat solat di Seoul untuk makluman anda.
kredit: @ayuindriati
Seoul Central Mosque, Itaewon
Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di Seoul yang terletak berhampiran dengan Itaewon Station (line 6). Di sekitarnya juga terdapat banyak gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan halal.
kredit: @fateenarinah
Taman Tema Everland
Everland merupakan salah satu taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Sangat besar dan luas dan memerlukan seharian untuk menerokai taman-taman yang ada di dalamnya. Di sini juga disediakan sebuah surau untuk anda solat dengan selesa. Surau itu terletak bersebelahan dengan Taman Shooting Ghost dan satu lagi di Mystery Mansion.
kredit: @wishpower
Nami Island
Kalau datang bercuti ke Korea, anda mesti takkan lepaskan peluang untuk ke Pulau Nami yang merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Tempat ini merupakan lokasi drama Korea popular yang bertajuk Winter Sonata pada tahun 2000. Di sini juga disediakan satu tempat solat yang selesa dan terletak dalam bangunan Restoran Asian Cuisine.
kredit: @mayataufiq
Myeongdong
Myeongdong merupakan syurga membeli-belah untuk mereka yang suka menggunakan barangan korea seperti pakaian dan barangan kosmetik. Jika anda sukakan barangan berjenama, inilah tempatnya. Oleh itu, jika anda hendak menghabiskan banyak masa ini sampai perlu mencari tempat untuk menunaikan solat, anda boleh ke Lotte City Hotel Myeongdong. Hotel ini menyediakan satu bilik solat untuk pelancong Islam. Jika tidak sempat ke hotel itu, anda boleh ke M Plaza Building dan solat dengan selesa di sebuah ruangan di tepi tangga exit door.
kredit: @ben0417
Tourism Information Center, KTO HQ
Bilik solat di bangunan ini terletak di basement, dan dipanggil 기도실 (gido-shil) dalam bahasa Korea. Biliknya tidaklah besar sangat tapi cukup selesa untuk anda dirikan solat. Namun begitu, bilik ini dikongsi oleh kedua muslimin dan muslimat dan tempat wudhu disediakan dengan menggunakan tandas untuk orang kurang upaya.
kredit: @westankorea
Lapangan Terbang Incheon
Untuk mana-mana pelancong yang mungkin terkandas di Incheon International Airport atau ingin mendirikan solat menunggu waktu pelepasan ke destinasi seterusnya, jangan risau. Pihak lapangan terbang telah menyediakan ruangan solat untuk pelancong muslimnya. Surau ini terletak di sebelah Departure Hall 24 selepas anda melalui immigration. Arah kiblat, sejadah dan Al-Quran disediakan cumanya anda perlu mengambil wudhu’ siap-siap di tandas berhampiran.
kredit: @muslimprayerrooms
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masa pi Nami Island, bilik solat pompan panaih betui.. mebbe sbb summer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kalau dah ada kesedaran untuk sediakan prayer room.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. masa kat tempat awam nak solat tak ada surau susah juga lagi2 kat airport
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-HBZ replied at 7-9-2023 11:14 AM
tak ada aircond ke
Mcm takde jah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|