View: 4363|Reply: 24
|
Sambal Nyet Catat Jualan RM33.5 Juta, Khairul Aming Bakal Lancar Produk Kedua
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Selepas kira-kira dua tahun lapan bulan dipasarkan dan hampir tiga tahun dilancarkan, produk ‘Sambal Nyet’ keluaran Khairul Aming kini telah terjual sebanyak 2.4 juta botol.
Di Twitter, Khairul Aming Kamarulzaman, 31, berkata, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan nilai jualan RM33.5 juta.
Jelasnya, kedua-dua kilangnya juga kini sudah mula beroperasi dan ketika ini dalam fasa untuk melakukan automasi.
Foto: IG
“Dengan sistem automasi ini, kita dapat meningkatkan pengeluaran Sambal Nyet kepada 7,000 botol sehari.
“Selain itu, kita juga mahu menyelesaikan beberapa isu yang sedia ada dalam memastikan kualiti sambal sentiasa berada di tahap yang baik,” katanya dalam klip video di Twitter semalam.
Mengulas lanjut, Khairul Aming menjelaskan bahawa kualiti produk sebelum ini agak tidak konsisten kerana nisbah sambal dan minyak kadang-kala berbeza dari satu botol ke botol.
Dengan menggunakan automasi katanya, setiap botol akan mempunyai bahan-bahan yang diagihkan dengan sekata dan bakal menyelesaikan masalah sambal kebocoran yang berlaku pada beberapa botol.
Khairul Aming menambah, penggunaaan teknologi itu juga adalah solusi untuk mengawal kos operasi memandangkan kos bahan mentah telah meningkat berbanding tiga tahun lalu.
Dengan berbuat sedemikian jelasnya, peningkatan kos tidak akan menjejaskan pelanggan.
Ujarnya, jualan Sambal Nyet kini juga meraih RM70,000 pada setiap hari dan mahu menaikkan kepada jumlah RM100,000 sehari.
Pada video sama, Khairul Aming turut memberitahu akan lebih banyak produk yang akan dijual di bawah jenamanya itu termasuklah produk kedua yang masih belum diumumkan secara rasmi.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
I harap bertambah maju biar dia bukak banyak lagi kilang kat kelate nun banyakla peluang pekerjaan boleh bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Secara purata sebulan nilai jualan hampir sejuta lah kan…salute lah…dah lah KA ni create peluang pekerjaan. Maknya kekayaan tu dia spread juga. Xdelah makan sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali je beli sambal KA tu pun tak abis. Akhirnya expired lalu ke tong sampah. Maybe sbb aku pencinta kicap instead of sambal. Untuk tak ot, sambal KA ni still jual kat shopee je ke? Tak nak masuk pasaraya? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lanacondor at 8-9-2023 12:33 AM
Ayda89: I harap bertambah maju biar di ... Aamiin..Semoga bisnes heols berkembang maju dgn penghasilan produk2 baru pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau buat automasi mcm mana nak tambah pekerja..buang pekerja ada la. Yg xde kelulusan mmg x leh keje la sebab nak kena org yg pandai handle mesin2 moden tu nanti...tapi klau nak maju mmg kena buat automasi la. Inilah contoh terbaik capitalism |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cite juta2 ni
Takde orang dengki ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan sis...Ramly Burger tersenyum sinis jer. Perangai BBNU / influenzer tu dah patut kena buang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Top ke bot heshe ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting betul2x niaga mengikut sistem perniagaan yang betul.... Bukan gune agen... Mengharap agen yg memghabeskan product... Bukan end usee |
|
|
|
|
|
|
|
Sambalnya sekali je beli tak kena dgn tekak aku. Pastu laki aku beli pulak dia makan sorang. Apa2 pun tahniah anak muda. Humble n oned orgnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beli 3x..1st time beli 2 botol dulu nk rasa mcmana, for me sedap and pedas sambal tu I still can accept wpun I bukan suka mkn pedas2. My husband and son suka. After abis 2 botols, I beli lagi 4 botol, bagi kat my sister sebotoi suruh dia rasa. Now kat rumah, ada new arrival 4 botol.
klau time malas nak masak lauk beradun bagai, I just goreng telur mata, goreng ikan bilis and mkn dgn sambal nyet ni. Sedap..menambah le nasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Bawa2 lah tgk konten yang dikongsi. Bila guna automasi ni, diorang akan fokus ke produk kedua. Peluang kerja yang baru terbuka.
2. Xde kelulusan tak boleh kerja? Hehhh, kat sini lah peluang pekerja nak upskill, belajar utk handle mesin automasi ni. So, pekerja takdelah sampai ke tua kerja, skillnya tau soletep penutup sambal je.
Kan best kalau kita sama-sama seronok tengok kemajuan org lain daripada pikir kesan negatif je.
|
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 7-9-2023 08:59 PM
Sekali je beli sambal KA tu pun tak abis. Akhirnya expired lalu ke tong sampah. Maybe sbb aku pencin ...
tak sedap ke sambal nya?
mcm sambal oelek ke? restoren mostly guna sbal oelek...dutch punye product but buatan yindon ler
lai satu sambal kering ada kacang..china punye..lejen ni..ada gambo nyonya
thai green or red curry..sedappp mabeles |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dia cakap haritu, 60% dah dari tiktok live instead of shopee sebelum ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus heols ni. Tapi I dah tak repeat dah sambal heols sebab tak berapa kena dengan selera I. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin boleh adakan kerjasama dgn Mydin atau Lotus utk jual sambal Nyet |
|
|
|
|
|
|
| |
|