View: 4648|Reply: 0
|
[SEJARAH]
Asal Usul TPG 2: Siapa sebenarnya Panglima Garang?
[Copy link]
|
|
Asal Usul TPG 2: Siapa sebenarnya Panglima Garang?
Memang ada tertulis dalam sejarah Selangor tentang kehadiran orang-orang Aceh di Selangor. Kemungkinan mereka ini yang membuka Telok atau nama lamanya Nibong Dengkil (setelah menghalau Sakai-sakai yang ada di situ) itu benar seperti yang diceritakan. Cuma hendak 'highlight'kan kat sini, sebenarnya nama Panglima Garang itu memang wujud. Mungkin nama ini nama gelaran seseorang, tetapi kewujudannya memang ada kena mengena dengan pemerintahan Sultan Abdul Samad. Justeru, kemungkinan nama Telok Panglima Garang dimasyhurkan sempena nama panglima ini atas sebab membantu baginda Sultan menaiki takhta, ada kebenarannya. Begini ceritanya,,,,
Ketika itu, Sultan Mohamad memerintah Selangor bersemayam di Kuala Selangor. Baginda amat risau dan mengesyaki kerabat sepupu baginda yang bernama Abdul Samad (kemudian bergelar sultan) ini merampas takhta kelak. Baginda memerintahkan hulubalang menangkapnya. Mendengar berita tentang arahan tersebut, apa lagi ditunggu, Raja Abdul Samad pun melarikan diri ke Kajang. Ketika itu berlaku serangan Raja Berayun ke atas Sungai Ujong ( kini Seremban) kerana menuntut bela atas kematian salah seorang sahabat beliau setelah Dato' Kelana Sendeng enggan membayar 'wang darah', mengikut adat Melayu masa itu. Namun serangan itu dapat dipatahkan. Raja Berayun berundur ke Reko di hulu sungai. Beliau mempelawa Raja Abdul Samad ini tinggal bersamanya dalam kubu mereka di Reko. Raja Berayun ini mempunyai dua orang panglima yang gagah berani serta kebal bergelar Panglima Garang, dan Panglima Si Gara, berserta 500 orang pendekar. Maka Raja Abdul Samad ketika itu berada dalam jaminan keselamatan Raja Berayun dan penglima-panglima serta tentera baginda. Tinggal lah baginda di situ buat beberapa ketika. Raja Berayun dan orang-orangnya hidup dengan 'merompak' dan menangkap sakai-sakai untuk dijual sebagai hamba. Maka nama Panglima Garang cukup digeruni oleh Sakai-sakai di kawasan pedalaman dan yang tinggal di sepanjang sungai Langat.
Apabila Sultan Muhammad mendapat berita tentang Raja Abdul Samad berada di Reko bersama Raja Berayun, baginda menghantar amaran kepada Raja Berayun agar tidak lagi melindungi anak raja itu. Raja Berayun memandang ringan sahaja amaran sultan itu. Namun orang-orangnya menasihati beliau agar berwaspada. Jadi, beliau memerintahkan pendekar-pendekarnya menumbangkan pokok-pokok di tebing kiri dan kanan sungai menuju Reko bagi menghalang kemaraan orang suruhan sultan dan jika perlu, bunuh kesemua mereka tanpa belas kasihan. Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku kerana mereka (tentera Sultan) pulang ke Kajang.
Ketika Sultan Muhammad dalam keadaan gering, Raja Berayun dan Raja Berkat Riau bersama Raja Abdul Samad berada di sisi baginda. Mereka melafazkan taat setia kepada Sultan,dan melantik Raja Abdul Samad sebagai Raja Muda. Pada 6 Januari 1857, Sultan Muhammad mangkat, dan dimakamkan di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Namun sebaik sahaja Sultan Mohamad mangkat, Selepas kemangkatan tersebut, Tengku Panglima Besar Raja Abdul Samad dilantik, dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor ke-4 pada tarikh tersebut. Raja Muda kini menjadi Sultan Selangor yang baru.Tiada sesiapa dalam kalangan istana yang berani membantah, mungkin kerana kehadiran Panglima Garang bersama-sama Raja Berayun yang terkenal dan berkuasa kini. Sebagai membalas jasanya, Panglima Garang diberi 100 ekar tanah kurniaan Sultan di Batu Road (Kuala Lumpur) dan ditanami kelapa. Wallahualam. Semoga roh-roh mereka ditempatkan Allah bersama orang-orang yang diredhaiNya.
Oklah. Itu kisahnya. Tapi bagaimana rupa paras Panglima Garang ini? Digambarkan beliau bertubuh sasa, tinggi, bermisai tebal yang 'menggerunkan', walaupun sudah berumur. Mungkinkah beliau orang yang bertanda dalam gambar di bawah ini? Mohon pengesahan pakar sejarah tempatan dan waris Panglima Garang.
makam Raja Berayun di Bukit Jugra
Sumber:https://akubudaktelok64.blogspot ... apa-sebenarnya.html
|
|
|
|
|
|
|
| |
|