CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5469|Reply: 20

"Guna Cebok Air Jamban Ke?" - Pelanggan Jijik Tengok Mangkuk Mi Celup Hitam Dan Berdaki

[Copy link]
Post time 8-9-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengguna media sosial yang berkongsi foto piring dan mangkuk yang digunakan peniaga kedai makan telah menarik perhatian ramai.


"Saya ni kalau salah hantar makanan atau minuman boleh je nak makan. Tak minta suruh tukar semula pun.


"Tak cerewet sangat pun. Tapi ni bab lain. Bukan nak viral tapi memang kena viral. Teruk sangat tengok ke mangkuk tu," tulisnya guna loghat Kelantan di Facebook.


Foto: FB




Berdasarkan foto-foto dimuat naik, lelaki ini menunjukkan keadaan bahagian bawah mangkuk dan piring alas yang digunakan untuk mengisi mi celup yang dijual.


Kelihatan kesan berwarna warna hitam seperti lumut atau daki melitupi lebih separuh bahagian luar mangkuk.


Sementara itu dalam hantaran sama, lelaki berkenaan turut berseloroh menyatakan kotoran pada mangkuk merupakan penambah perasa kesedapan makanan dihidang.


"atutlah sedap mi celup dia. Rempah ratus dia tu cukup rasa. Memang 'menjadi molek' mi celup dekat sini.


"Mungkin mangkuk guna cebok air jamban" ujarnya lagi.




Foto: FB







Posting dibuat lelaki ini meraih perhatian netizen yang turut merasakan jijik dengan rupa mangkuk tersebut.


Rata-ratanya turut memberi cadangan supaya alatan seperti pinggan dan mangkuk di kedai tersebut digantikan dengan yang baharu.


"Tengok barang (mangkuk) tu dah macam dah guna sedekad lamanya.


"Layak duduk dalam tong sampah dah kalau mangkuk macam tu.


"Tauke nak berjimat cermat tak mahu tukar baharu. Lepas tu basuh pun main bilas macam tu je," ujar netizen di ruangan komen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
jijik jugak nengok kuku kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun jenis suka tgk kuku org....geli tgk kuku yg kotor..

Tula jgn amalkan mkn kat luar sgt...nasib baik x dicalit kat celah kangkang...tu pun x tau ...tgk punggung mangkuk tu kotor sungguh..berdaki
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
So dia mkn habis ke sbb boleh terbalikkn mangkuk tu? selera plk dia nk mkn?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:11 AM | Show all posts
K E L... nak jumpa yang bersih tu satu dalam seribu la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:37 AM | Show all posts
Tulis guna loghat Kelantan nak bagi hint yang kejadian berlaku di Kelantan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Erkkkk, pinggan mangkuk pelestik kalau tak basuh beria gini la jadinya

Aritu iols teringin sgt nk mkn satu laksa ni sbb kat group bangi tu duk pomot2
Bila dah sampai kt kedai iols tak jd nk order,sbb ternampak dinding kat sinki kedai tu mcm hitam2 tu
Terganggu rasa nak plak pekerja yg amik order tu bercakap kuar loghat seberang emmm
Kedai laksa tu mcm kat food court.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena panas tu... melamine kan tuuu... mmg la kena panas dia jadi hitam.. pekedai pun kedekut siak pinggan melamine pun malas tukar.. dah rosak pun pakai lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang selalu order air bungkus dalam mangkuk tu, tengok2 jugak dalam mangkuk tu. Kotor dan berkeladak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pnh minum kat kedai di pasar terkemuka negeri penyu. Gini la cawannya.. tgk je terus xjd minum. Sanggup aku menahan lapar dan dahaga
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:57 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 8-9-2023 10:37 AM
Tulis guna loghat Kelantan nak bagi hint yang kejadian berlaku di Kelantan ke?

kt fb kata kt teganu ..dkt area jambatan pemes tu

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 8-9-2023 11:37 AM

Pernah makan nasi campur kat Pasar Besar di Kota Baru, tengah nak suap nasik kemulut nampak tikus besar lengan lalu tepi dapur tu...terus tak jadi nk makan , bayar duit terus keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:45 AM | Show all posts
org beniaga ko pun nak meniaga....tengok celah spender entah ke lagi kotor
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:49 AM | Show all posts
Sampai hati peniaga pakai piring mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:14 PM | Show all posts
Biasa la gitu kat kelate.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 02:52 AM | Show all posts
Memang idok la aku nak makan kalau pinggan mangkuk centu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinggan mangkuk jenis melamine mmg mcm ni susah nak basuh. Cepat berdaki. Elok buat pakai buang je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup bg planggan pinggan mngkuk mcm ni klau kt rumah tu ntah cmna la tahap kbersihan msing2x. Dapur kedai tu agknya dah mcm zoo mcm2 serangga, haiwan ade.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali sekala tu rendamlah dalam serbuk soda. Hilang noda2 hitam tu.



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-9-2024 01:17 PM
Sekali sekala tu rendamlah dalam serbuk soda. Hilang noda2 hitam tu.

Kalau beli baru xde rugi pon. Xde la mahal vs dah lama pakai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.501763 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list