View: 7608|Reply: 0
|
4 Taman Wajib Pergi Jika Berkunjung Ke Pulau Jeju Korea, Nombor 3 Tu Cantiknya
[Copy link]
|
|
Sebelum ni saya ada kongsi mengenai 10 tempat menarik di Pulau Jeju, Korea. Jadi kali ni saya nak kongsi pasal taman-taman yang sangat cantik dan wajib korang kunjungi jika berpeluang bercuti di Pulau Jeju. Jom kita tengok!
1- Kimnyeong Maze Park
Taman ini merupakan taman maze yang pertama di Korea dibuka pada tahun 1987 oleh profesor Amerika F.H.Dustin dan menjadi taman maze simbolik pertama di Asia.
Bukan itu sahaja, ia merupakan taman kucing pertama di Korea yang mempunyai lebih kurang 50 ekor kucing berkeliaran.
Taman maze ini bakal menguji tahap kepantasan dan memerah otak anda dalam mencari jalan keluarnya!
Ia begitu sesuai untuk membawa anak-anak berekreasi di sini.
2- Tangerine Farms
Berada di Pulau Jeju ini anda bakal dapati pokok tangerine ditanam di kebanyakkan halaman rumah penduduknya.
Untuk merasai pengalaman memetik buah tangerine, anda boleh ke ladangnya di Bandar Jeju untuk melihat pelbagai buah sitrus yang ditanam di sini.
Di sini anda juga boleh mencuba permainan tradisional iaitu tuho yang dimainkan dalam kalangan kerabat diraja atau kelas atasan.
Selain itu jangan lupa untuk menikmati teh tangerine, jem tangerine dan keropok di sini.
3- Camellia Hill Botanical Garden
Taman yang seluas 20 hektar ini menempatkan kira-kira 6000 pokok camelia dan lebih 500 spesies bunga liar.
Di sini turut mempunyai kafe, wild flower road, camellia forest, rumah hijau, rumah jerami. padang rumput, yongso falls dan banyak lagi.
Bagi pencinta bunga anda pasti jatuh cinta dengan taman ini yang begitu harum dan cantik!
4- Sangumburi Crater
Sangumburi Crater merupakan satu lagi lokasi yang terbentuk dari letusan gunung berapi dan kini dijadikan sebagai lokasi pelancongan yang terkenal.
Di sini anda boleh menikmati pemandangan rumput pampas yang luas, melihat 400 tumbuhan liar, burung dan pelbagai haiwan.
Oleh itu ia diisytiharkan sebagai Monumen Semula Jadi Warisan Negeri 263.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|