CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 0

[Melaka] Pengawal keselamatan pecah masuk pejabat di mahkamah

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Melaka: Seorang pengawal keselamatan, baru-baru ini, dipercayai memecah masuk Pejabat Tanggungjawab (PTJ), Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh dan mencuri wang dari peti tunai.

Difahamkan suspek berusia 25 tahun itu sudah 'berjoli' wang berjumlah RM835 itu untuk kegunaan sendiri termasuk membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dibuat pihak PTJ di Balai Polis Bukit Baru, Selasa lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, kerani menyatakan dia menyedari wang RM835 disimpannya hilang ketika memeriksa peti tunai di pejabat PTJ pada 1.15 tengah hari, Selasa lalu.

"Semasa pengadu tinggalkan peti pada 25 Ogos lalu, ia dalam keadaan baik dan berkunci.

"Sebaik memeriksa di pejabat, dia mendapati ada kesan pecah masuk di bahagian tingkap sebelum membuat laporan polis bagi siasatan lanjut," katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada 12.30 tengah hari semalam.

"Hasil siasatan, suspek berusia 25 tahun itu dan baru dua bulan bekerja itu mengaku terbabit kes itu dan kes pecah masuk kafe mahkamah.

"Ujian saringan air kencing adalah negatif dan suspek juga tiada rekod jenayah," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pejabat-di-mahkamah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052615 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list