View: 1849|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Alasan hantar telefon bimbit kepada ibu, remaja 15 tahun ditahan JPJ
[Copy link]
|
|
Aedy (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan motosikal ketika berlangsungnya Op Bersepadu di Plaza Tol Batu, semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 15 tahun adalah antara individu termuda yang ditahan pada Ops Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu, malam semalam.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, remaja tersebut ditahan ketika dalam perjalanan untuk menghantar telefon bimbit kepada ibunya yang berada di tempat kerja.
“Remaja tersebut ditahan bersama seorang lagi adik beradiknya yang lain atas kesalahan memandu tanpa lesen dan kenderaan yang digunakan disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pihak JPJ memandang serius perkara ini dan sudah memanggil ibu bapa remaja tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar, malam semalam.
Dalam operasi semalam JPJ telah melakukan pemeriksaan ke atas 4,640 buah kenderaan dan sebanyak 746 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan manakala 34 kenderaan telah disita.
“Dalam operasi kali ini, sebanyak 1,280 motokar diperiksa dan 80 daripadanya telah diambil tindakan atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu (24 kesalahan), tiada cukai jalan (29 kesalahan) dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 158 kes.
“Bagi motorsikal pula, sebanyak 3,260 buah motosikal telah diperiksa dan 294 daripadanya telah diambil tindakan atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu (355 kesalahan), tiada cukai jalan (136 kesalahan) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 588 kes.
“Antara kesalahan yang paling banyak ialah tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah,” katanya.
Tambah Aedy, Ops Bersepadu kali ini dijalankan bersama empat agensi penguatkuasaan lain iaitu Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen (JIM).
“Buat pertama kalinya pada tahun ini, operasi dijalankan bersama Jabatan Pendaftaran Negaran (JPN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuat pemeriksaan berkenaan peraturan-peraturan di bawah agensi penguatkuasaan masing-masing.
“Sebanyak 119 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi kali ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -tahun-ditahan-jpj/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|