CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kaut RM60 juta hasil menipu

[Copy link]
Post time 9-9-2023 01:57 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan 'air liur' sebuah syarikat pelaburan didakwa berjaya mengaut keuntungan mencecah RM60 juta dipercayai hasil menipu hampir 1,500 mangsa di seluruh negara.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang setakat ini sudah menerima 80 aduan daripada mangsa.

Menurutnya, syarikat berkenaan menjerat mangsa dengan tawaran pelaburan skim sublet membabitkan hartanah dan mendakwa terbabit dengan pelbagai projek pembangunan serta pertanian di seluruh negara dengan kerja sama syarikat tersohor.

"Syarikat berkenaan menjanjikan pulangan tetap RM540 dalam tempoh 45 hari bagi setiap pelaburan yang ditawarkan pada kadar RM3,600 bagi satu lot pelaburan.

"Saya sendiri pergi berjumpa dengan bekas pengarah syarikat berkenaan, saya minta pada dia tunjuk bukti mengatakan mereka ada perjanjian kerjasama dengan syarikat terbabit.

"Dia kata tak ada…macam ini saya pun boleh kata KLCC itu saya punya tetapi kena tunjuk bukti takkan cakap kosong sahaja," katanya pada sidang media MHO di sini hari ini.

Hadir sama bekas Ketua Polis Negara dan Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hasan serta beberapa wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Mengulas lanjut Hishamuddin berkata, berdasarkan undang-undang syarikat tidak boleh memberi pulangan ke atas modal, hanya boleh mengeluarkan dividen kepada pelabur daripada keuntungan bersih.

Katanya, tindakan syarikat pelaburan berkenaan yang menjanjikan pulangan dalam jumlah dan tempoh yang singkat dan secara tetap semestinya menimbulkan keraguan

"Senang dia buat (perkiraan) macam itu sedangkan perlu tolak semua kot boleh tahu berapa dividen. Syarikat ini sebaliknya tak perlu tutup akaun dah boleh bayar dividen.

"Syarikat ini mengaku sedang bekerja sama dengan syarikat pemaju tersohor, kononnya di Langkawi mereka orang kedua paling banyak bangunkan hartanah di sana.

"Syarikat ini juga mengaku kononnya bangunkan resort di Langkawi dan terlibat projek pertanian nangka manis dan (durian) musang king, dia memang juara, semua projek dia buat," katanya.

Beliau berkata, semua 80 mangsa yang tampil membuat aduan kepada MHO sudah membuat laporan polis bagi memberikan tekanan kepada pihak syarikat berkenaan.

Sementara itu Musa Hasan meminta siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan kerana percaya berlaku perbuatan jenayah termasuk pecah amanah dan penipuan.

Katanya, agensi berkaitan antaranya Suruhanjaya Syarikat juga digesa untuk menyiasat syarikat pelaburan berkenaan yang didakwa sudah menipu ribuan individu seluruh negara.

"Saya minta mangsa-mangsa kalau ada apa sahaja dokumen daripada syarikat terbabit untuk simpan supaya boleh dijadikan bahan bukti, kalau boleh buat salinan.

"Saya minta mangsa jangan putus asa, berdasarkan maklum balas yang diberikan pegawai penyiasat kita tahu siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan keadilan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-juta-hasil-menipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list