CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita cekal sertai latihan lasak malim gunung

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:06 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA peserta pada Program Saringan Kecergasan Kursus Malim Gunung Perhutanan di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Biarpun bergelar ibu, ia tidak menghalang minat seorang wanita ini menjadi malim gunung yang bertauliah dan menyertai saringan malim gunung.

Minat yang mendalam terhadap aktiviti memanjat gunung mendorongnya mencabar diri dalam ujian saringan kecergasan, Kursus Asas Malim Gunung Perhutanan anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

Aida Samira Azhari, 45, berkata, dia memang meminati aktiviti memanjat gunung dan seringkali melakukan aktiviti itu ketika mempunyai waktu lapang.

"Minat saya dalam aktiviti memanjat gunung sejak daripada dulu lagi, cuma pada waktu itu, saya tidak mempunyai banyak masa kerana terikat dengan kerjaya, anak-anak pun masih kecil, jadi semuanya agak terbatas atas kekangan waktu.

"Apabila anak sudah besar, saya rasa saya mahu cuba sesuatu yang berlainan dan mencabar diri sendiri, jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai ujian saringan ini.

"Saya memang meletakkan impian untuk menjadi malim gunung bertauliah dan kursus asas anjuran JPSM ini menjadi platform pertama saya," katanya ketika ditemui ketika ujian saringan kecergasan anjuran JPSM.

Pada masa sama, ujian saringan kecergasan itu disertai 263 peserta bagi Zon Tengah dan ujian sama akan dilaksanakan di Zon Pantai Timur (Kuala Terengganu, Terengganu) manakala Zon Utara (Ipoh, Perak).

Pengarah Bahagian Eco-Forest dan Hutan Taman Negeri JPSM, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, ini adalah program baru yang dilaksanakan untuk tempoh 2023 hingga 2025.

"Program ini antara lain menaik taraf malim gunung dan sasaran kita adalah melahirkan 2,100 orang malim gunung bertauliah menjelang 2025.

"Ketika ini, kita sudah melahirkan 1,250 orang malim gunung dan program seumpama ini dilaksanakan untuk memilih mereka yang benar-benar cergas dan layak saja.

"Sepanjang ujian kecergasan ini, peserta akan melalui enam ujian fizikal antaranya tekan tubi, mendagu dan berakhir dengan renang," katanya.

Menurutnya, peserta yang melepasi ujian saringan ini akan mengikuti tiga peringkat latihan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 17 hari.

"Selepas ujian saringan kecergasan ini, peserta yang layak akan mengikuti kursus selama lima hari iaitu pada 15 September ini dan seterusnya ke peringkat ketiga.

"Program ini juga dilaksanakan supaya lebih adil dalam pemilihan malim gunung," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lasak-malim-gunung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036661 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list