CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2014|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 2 pusat panggilan judi diserbu, 12 orang ditahan

[Copy link]
Post time 10-9-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA suspek yang ditahan dalam dua serbuan ke atas premis di Lembah Klang yang dijadikan pusat panggilan sindiket perjudian dalam talian, kelmarin. FOTO Ihsan PDRM.

Kuala Lumpur: Polis menyerbu dua premis di Lembah Klang, kelmarin yang dijadikan pusat panggilan untuk promosi perjudian dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam serbuan itu, pasukan menahan 12 orang termasuk enam lelaki warga asing berusia 19 hingga 37 tahun.

Katanya, turut dirampas empat komputer, lima komputer riba, 19 telefon bimbit, iPad, tiga keping pasport, dua modem router dan satu kad akses berserta kunci rumah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Pemeriksaan awal mendapati adanya unsur mempromosikan perjudian dalam talian menggunakan laman sesawang dan menyasarkan mangsa dari Bangladesh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, semua suspek ditahan berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan.

"Mereka ditahan reman bagi tindakan siasatan selanjutnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bu-12-orang-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.031768 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list