CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2726|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Banyak aduan beras tempatan kurang di pasaran - Fomca

[Copy link]
Post time 11-9-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menerima banyak aduan berhubung kekurangan bekalan beras tempatan, dan pada masa sama harga runcit beras putih import naik.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata, pihaknya berpandangan antara faktor berlaku keadaan itu adalah berlakunya pembelian panik untuk menyimpan stok beras.

Beliau berkata, apabila terjadinya senario pembelian panik itu, beras tempatan cepat habis dan terjadinya kekurangan bekalan di pasaran.

"Fomca sarankan kerajaan melihat masalah ini dengan serius. Ramai pada ketika ini menuding jari seolah-olah menyalahkan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

"Persoalan berlegar dalam kalangan ramai adalah seperti apa yang Bernas dah buat, kenapa tak selesaikan masalah ini secepat mungkin dan sebagainya?

"Malah ramai mempersoalkan kenapa beras dimonopoli Bernas, perlu ada persaingan dalam industri beras tempatan dan kena beri peluang lain kepada persaingan," katanya.

Beliau berpandangan Bernas sudah memonopoli industri beras dalam tempoh lama, jadi wajar juga beri peluang pihak lain terbabit dalam pengurusan beras.

"Satu benda yang dulu kita tak pernah hadapi masalah adalah mengenai keberadaan bekalan beras di pasaran. Sekarang bekalan beras pun bermasalah yang bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbetulkan.

"Beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia yang sangat penting. Tambahan pula masyarakat terutamanya golongan B40 amat bergantung kepada beras tempatan... dan tentunya jika memperkatakan beras import, isunya ialah harga yang mahal.

"Selain itu memang beras tempatan adalah pilihan utama majoriti penduduk di Malaysia. Kita faham kerajaan mempunyai polisi dasar keselamatan makanan dan sebagainya untuk masa depan. Namun untuk jangka masa pendek pada ketika ini, kerajaan mesti ada penyelesaian bagi menangani masalah kekurangan bekalan beras tempatan sekarang," katanya

Pada masa sama, beliau berkata, Fomca mencadangkan pengguna tidak membuat pembelian panik untuk menyimpan bekalan beras dengan kadar melebihi biasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-di-pasaran-fomca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list