CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 0

[Perak] Lelaki warga Bangladesh ditahan bantu siasatan bunuh rakan

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode


LENGGONG: Suspek kes bunuh seorang lelaki warga asing yang mayatnya ditemukan rentung terbakar di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak di sini Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki warga Bangladesh yang dipercayai rakan mangsa itu diberkas semalam di tepi jalan Kampung Jamuan, Kuala Kangsar pada pukul 4.30 petang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan tersebut.

“Suspek direman selama enam hari mulai hari ini sehingga Jumaat depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga asing ditemukan mati dalam keadaan mayatnya terbakar di dalam kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong.

Mayat lelaki warga Bangladesh itu ditemukan orang awam rentung terbakar sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 11.35 malam pada Jumaat.

Difahamkan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring kira-kira 10 meter dari rumah pekerja.

Hasil bedah siasat ke atas mayat lelaki itu di Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... asatan-bunuh-rakan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.187904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list