CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 0

[Perak] URB, MPV polis diutamakan terima 7,000 kamera badan

[Copy link]
Post time 11-9-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

PENERIMA Anugerah Sayap Juruterbang dan Peserta Kursus PPL Terbaik Insp Nur Hidayah Mohd Aisa bersama Insp Khairul Bahari Abd Ghani (Pelatih Terbaik Keseluruhan)(dua kiri) dan Insp, Muhammad Fareez Abdul Aziz (Pelatih Terbaik Akademik) (kanan) bersama anugerah masing-masing pada Hari Ulang Tahun PGU Ke-44. FOTO L Manimaran.

Ipoh: Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diutamakan untuk penggunaan 7,000 unit kamera badan yang dijangka diperoleh awal tahun depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua unit itu diberi keutamaan bagi perolehan fasa pertama berikutan beberapa isu yang perlu ditangani terutama soal integriti.

"Kalau sudah ada kamera itu, insya-Allah saya rasa isu-isu integriti ini akan dapat kita kurangkan dan kita yakin kalau ada tohmahan dan sebagainya pun, kita boleh rujuk balik kepada rakaman kamera badan.

"Kalau diikutkan memang banyak lagi (kamera badan) yang kita perlukan, namun yang menjadi fokus sekarang adalah untuk dua unit terbabit.

"Permohonan sudah pun kita buat dan dijangkakan kira-kira 7,000 kamera badan ini akan kita terima awal tahun depan," katanya yang ditemui selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke-44 di Pangkalan Latihan PGU PDRM di sini, hari ini.

Turur hadir Komander PGU Datuk Noor Sham Md Jani dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Ayob berkata, perolehan itu membabitkan peruntukan RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), yang turut meliputi sistem, peralatan sokongan dan latihan untuk menggunakannya.

Mengenai Sambutan Ulang Tahun PGU ke-44, Ayob berkata, sambutan tahun ini bersejarah apabila buat julung kalinya menyaksikan pemakaian lencana sayap juruterbang kepada empat pegawai wanita yang menamatkan kursus Private Pilot's Licence (PPL) No 19 Siri 1/2021.

Mereka adalah Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli, 31; Inspektor Yeoh Yee Chee, 31; Inspektor Siti Nabila Abdullah, 33; dan Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, 33.

Pegawai wanita itu antara 12 pegawai yang disematkan lencana sayap penerbangan PPL, selain 12 lagi pegawai rendah polis yang berjaya menamatkan kursus Pemerhati Udara No 10 siri 1/2022.

Sementara itu, Noor Sham berkata, PGU dalam usaha menggantikan helikopter dan pesawat miliknya yang berusia melebihi 30 tahun kepada pesawat baharu yang lebih canggih dan moden seiring keperluan semasa.

Katanya, PGU juga memohon untuk perolehan simulator pesawat penuh bagi kegunaan latihan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada juruterbangnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-7000-kamera-badan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.065782 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list