CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1345|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Haiwan peliharaan tidak boleh dibawa ke premis makanan

[Copy link]
Post time 12-9-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Pemilik diingatkan untuk tidak membawa haiwan peliharaan mereka ke premis makanan kerana ia boleh mengundang risiko kesihatan kepada orang awam selain menjaga sensitiviti masyarakat.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata pelanggan yang membawa haiwan peliharaan ke premis makanan berisiko menyebabkan jangkitan yang memudaratkan pelanggan.

Malah katanya, ia juga boleh memberi risiko kepada haiwan peliharaan mereka sendiri.

"Isu utama di sini adalah kebersihan. Pencinta anjing atau kucing perlu sedar tentang perkara ini supaya tiada isu wabak berjangkit daripada haiwan peliharaan mereka. Sebolehnya, jangan bawa haiwan peliharaan bersama ketika makan.

"Mungkin mereka tidak sedar haiwan peliharaan pembawa kutu, virus atau sebarang penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia.

"Perkara ini boleh dibendung dan peniaga juga memainkan peranan selain pelanggan sendiri boleh menegur secara berhemah tindakan pemilik haiwan ini," katanya.

Nur Asyikin berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa ke premis makanan.

Dia berkata demikian ketika mengulas isu video tular membabitkan dua individu yang membawa haiwan peliharaan mereka ke premis makanan di Bukit Sentosa, Rawang sehingga mendatangkan kecaman daripada warganet.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (MAA), Arie Dwi Andika berkata haiwan peliharaan tidak boleh berada bersama ketika sedang menjamu selera di dalam premis makanan.

"Pemilik haiwan perlu peka tentang sensitiviti agama dan juga masyarakat memandangkan kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama.

"Binatang peliharaan itu bersih tetapi belum tentu suci. Oleh itu kita perlu menjadi masyarakat yang sentiasa hormat satu sama lain.

"Mereka juga perlu mengikut garis panduan perundangan dan peraturan. Mana-mana haiwan tidak boleh berada bersama dalam premis makanan, kita risau ada bulu yang terbang, ada hama atau serangga yang terbang daripada haiwan tersebut masuk ke dalam makanan, air dan sebagainya," katanya.

Terdahulu tular di media sosial seorang pemilik premis kedai makan yang terpaksa menyertu meja dan kerusi berikutan tindakan individu yang membawa haiwan peliharaan mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ke-premis-makanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065829 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list