CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengemis asing meningkat

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 560 pengemis ditahan pada Januari hingga Ogos lalu dengan 380 warga asing manakala 180 rakyat tempatan. FOTO Shahrul M Zain

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menafikan wujud peningkatan jumlah pengemis warga asing di ibu negara bagi lapan bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia berdasarkan rekod pengemis diselamatkan dalam Operasi Membanteras Pengemisan dijalankan agensi itu bersama pihak berkuasa lain.

Pengarah JKM Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh berkata, seramai 560 pengemis ditahan pada Januari hingga Ogos lalu dengan 380 warga asing manakala 180 rakyat tempatan.

Katanya, jumlah itu berbanding 234 pengemis pada 2022 iaitu 98 bukan warga negara dan 136 lagi pengemis tempatan.

"Mereka ditahan menerusi 63 operasi berjadual dan 14 kali operasi ad hoc yang dibuat berdasarkan aduan awam. Wang pungutan berjaya diperoleh adalah RM9,885, tertinggi setakat ini," katanya.

Mengulas lanjut statistik itu, Che Samsuzuki berkata, 67 daripada pengemis diselamatkan kanak-kanak warga asing, selain 10 pengemis orang kurang upaya (OKU) bukan warga negara.

"Warga emas yang kita dapat selamatkan seramai 75 warga negara, 25 orang bukan warga negara," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengemis terutama kanak-kanak warga asing tertakluk di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), menyukarkan tindakan diambil.

"Ini melibatkan dasar. Saranan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selesaikan (masalah ini) dengan UNHCR," katanya.

Menurutnya, JKM juga tidak boleh bertindak agresif terhadap pengemis kategori itu kerana 'perlindungan' di bawah undang-undang antarabangsa.

"Kakitangan awam seperti kita ini tertakluk kepada punca kuasa. Kalau tiada punca kuasa, kita tak boleh nak bertindak. Jadi punca kuasa itu yang diperlukan sekarang ini. Kena ada penyelesaian isu pengemis warga asing yang dilihat semakin menjadi-jadi," katanya.

Che Samsuzuki berkata, pengemis warga asing diselamatkan mempunyai dokumentasi diserahkan kepada Imigresen, manakala pengemis lain ditempatkan di transit gelandangan atau Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh.

Beliau memberitahu operasi bersepadu akan terus dilaksana pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Katanya, turut dilaksana kempen advokasi Bijak Memberi, Elak Tertipu untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar tidak terpedaya dengan pengemis yang mengambil kesempatan, selain menyalurkan aduan ke Talian Kasih 15999.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mis-asing-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.780321 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list