CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1496|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dipenjara setahun, 2 sebatan dan denda RM100,000 salah guna RM415,000 jualan Bentley

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara setahun, dua sebatan dan denda RM100,000 terhadap seorang bekas jurujual kereta kerana menyalahgunakan wang RM415,000 berhubung urusan penjualan Bentley Continental GT.

Hakim, Kamarudin Kamsun, memutuskan hukuman terbabit selepas Yap Hong Yee, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada Sabtu lalu, dan dipenjara tiga bulan lagi jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, Hong Yee didakwa menyalahgunakan wang itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya hasil jualan kenderaan milik seorang warga China berumur 25 tahun, di Persiaran Mewah Bandar Tun Razak, Cheras, antara 3 hingga 25 November 2022.



Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes pula, mangsa dikatakan berurusan dengan tertuduh untuk jual beli kereta Bentley Continental GT bernilai RM500,000, dan kereta itu dihantar kepada Hong Yee untuk dijual.

Pada Februari lalu, tertuduh memaklumkan kereta itu ada pembeli serta meminta mangsa memberi nombor akaun banknya untuk pembayaran wang pendahuluan, namun mangsa tidak menerima wang itu dan mengesyaki ditipu.

Berikutan itu, mangsa meminta tertuduh memulangkan kereta berkenaan dan semakan nombor pendaftaran kenderaan itu mendapati ia sudah bertukar milik dengan menggunakan nombor pendaftaran lain.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh dipercayai menyalahgunakan RM415,000 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Hannif Ahijman, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, selain mengambil nilai kerugian dialami mangsa.

Bagaimanapun, Hong Yee yang tiada diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung bapa dan seorang anak.
https://www.bharian.com.my/berit ... una-rm415000-jualan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.109034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list