CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4202|Reply: 0

[Johor] Alunan gamelan pemuda India

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode

NICHOLAS (kiri) melatih pelajar bermain muzik gamelan di Sekolah Kebangsaan Medini, Iskandar Puteri. FOTO BERNAMA

Iskandar Puteri: Minat yang mendalam terhadap muzik tradisional Melayu, gamelan bukan setakat mendorong B Nicholas mempelajarinya sejak di bangku sekolah, malah kini menjadi tenaga pengajar di beberapa sekolah di negeri ini.

Pemuda berbangsa India berusia 23 tahun itu mengajar gamelan secara separuh masa di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1, SK Medini, SK Ladang Pendas, SK Nusantara dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Patah, di sini sejak 2017.

Hingga kini, beliau melatih kira-kira 50 pelajar bermain alat muzik gamelan iaitu gong, gendang ibu, gendang anak, saron baron, jidor, serunai dan kerincing.

Memiliki Diploma Seni Muzik daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Nicholas berkata, cintanya terhadap muzik tradisional itu berputik selepas mendengar alunan gamelan ketika sedang menjalani latihan silat di sekolah.

"Semasa di bangku sekolah, saya aktif dalam seni bela diri silat dan daripada situ saya kerap mendengar muzik gamelan hingga lama-kelamaan tertarik dengan bunyinya yang bagi saya sangat unik dan mengasyikkan.

"Sebenarnya saya sudah terbiasa dengan tradisi dan budaya orang Melayu, sebab itu tidak rasa kekok, malah sejak kecil ramai kawan Melayu dan bersekolah di sekolah kebangsaan. Datuk pula seorang askar, jadi apabila di rumah bahasa harian ahli keluarga kami ialah bahasa Melayu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, beliau mengajar gamelan pada setiap Khamis dan Jumaat di sekolah berkenaan manakala pada hari biasa bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Medini.

Beliau berbangga kerana sejak menjadi tenaga pengajar, sebahagian daripada pelajarnya berjaya mewakili Johor ke pertandingan gamelan peringkat kebangsaan serta memenangi beberapa anugerah.

Katanya, selain memasuki pertandingan, mereka turut diundang untuk membuat persembahan di pelbagai majlis formal dan keraian.

Mengidolakan seniman negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nicholas memasang hasrat untuk membuka studio pada suatu hari nanti bagi melatih kanak-kanak dan generasi muda untuk menjadi pelapis memelihara seni warisan masyarakat Melayu itu.

Beliau juga percaya melalui muzik, perpaduan antara kaum dapat diperkukuh, sekali gus dapat mengenali secara lebih dekat keunikan yang dimiliki antara satu sama lain.

"Bagi saya, tiada masalah sekiranya sesuatu bangsa itu ingin mempelajari apa-apa tradisi dan seni warisan bangsa lain, lebih-lebih lagi di Malaysia yang sangat unik dengan kepelbagaian kaum.

"Apa yang penting seni warisan ini perlu dipelihara, tidak kira siapa pun individu itu yang berusaha untuk membantu mengekalkannya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amelan-pemuda-india

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.039775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list