|
Muhammad Izwan Shah Nazeri, 13, ditemui lemas ketika mandi di sungai dekat kawasan perkampungan Kampung Baru Felda Sungai Mas, Bandar Penawar di sini, pagi tadi. FOTO JBPM JOHOR
Kota Tinggi: Seorang remaja ditemukan lemas ketika mandi di sungai dekat kawasan perkampungan Kampung Baru Felda Sungai Mas, Bandar Penawar di sini, pagi tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Izwan Shah Nazeri, 13, dikatakan bersama tiga rakan lain mandi di sungai paya bakau berkenaan sebelum rakannya menyedari dia lemas.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Abd Rani berkata, Pusat Gerakan Oprerasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berkaitan mangsa lemas pada jam 10.12 pagi.
Beliau berkata, seramai lapan anggota dari BBP Bandar Penawar bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa iaitu remaja lelaki berusia 13 tahun lemas ketika mandi di sungai.
"Mangsa dilihat orang awam dan dibawa ke kawasan selamat oleh orang awam sebelum PKO tiba di lokasi kejadian.
"Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama tiga rakannya mandi di sungai terbabit sebelum rakannya menyedari dia lemas," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) dan operasi ditamatkan pada jam 12.04 tengah hari," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes disiasat mengikut laporan mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-sungai-paya-bakau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|