CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4339|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Luar biasa kental jiwa mu Rohaida...

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Rohaida ketika menceritakan kehidupannya membesarkan anak-anak selepas kehilangan suami pada 2004. Foto Ahmad Hasbi

Seremban: Mesin rumput, pembantu kedai makan, pekerja kontrak dan bermacam lagi kerja buruh dilakukan wanita ini demi membesarkan tiga anaknya selepas bergelar ibu tunggal pada 2004.

Ketabahan wanita ini boleh menjadi inspirasi kepada golongan asnaf terutama ibu tunggal di luar sana kerana dia kini tidak lagi bergelar asnaf dan memiliki spa bergerak.

Rohaida Mustapa, 52, berkata, suaminya meninggal dunia pada 2004 akibat kemalangan jalan raya di Gadong, di sini, sekali gus meletakkan keluarganya dalam kategori asnaf.

"Ketika itu kami tinggal di Dengkil, Selangor dan berniaga makanan dari rumah serta mengambil tempahan.

"Selepas suami meninggal, saya tidak dapat meneruskan perniagaan dan terpaksa berpindah ke Kampung Jiboi, dekat Ampangan, di sini, kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah," katanya.

Sebagai ibu tunggal, Rohaida berkata, pelbagai kerja dilakukan seperti tukang cuci, kerja kilang, mengambil upah potong rumput dan membancuh simen.

"Saya buat semua kerja itu, janji dapat menghasil duit bagi membesar anak-anak yang ketika itu masih kecil. Jika tiada kenderaan untuk bekerja, saya sanggup berjalan kaki.

"Kehidupan tanpa suami dengan anak-anak masih kecil sangat mencabar, namun saya kena kuat demi anak. Tiada masa untuk saya berehat. Hampir semua kerja saya lakukan, janji boleh 'buat duit'.

"Jiwa kena kental. Sehingga satu tahap air mata saya sudah kering untuk mengenang kepayahan hidup. Namun saya beranggapan ada individu lain yang diduga lebih teruk, jadi saya perlu bangkit.

"Saya mendapat bantuan daripada baitulmal pada 2004 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2008. Melalui baitulmal dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), saya mula mempelajari kemahiran untuk perkhidmatan spa seterusnya kemahiran mengurut," katanya.

Rohaida berkata, selepas kira-kira lima tahun menceburi perkhidmatan spa dan urutan, dia nekad mahu keluar dari asnaf dan membantu masyarakat.

"Alhamdulillah, anak-anak kini semua sudah tamat pengajian di universiti dan sudah mula mencari pekerjaan sekali gus mengurang beban. Akhirnya pada Disember tahun lalu saya berjaya keluar daripada asnaf.

"Meskipun masih merangkak dalam bidang ini, saya kini bekerja sepenuh masa sebagai tukang urut bergerak. Saya menawarkan khidmat urut tradisional, lumpuh dan wanita berpantang selain bekam, rawatan muka dan resdung.

"Kerja ini lebih ringan berbanding pelbagai kerja yang saya lakukan sebelum ini dan waktu bekerja juga sangat anjal mengikut kesesuaian saya. Meskipun tidak lumayan, namun saya bersyukur kerana rezeki sentiasa ada.

"Kini masanya saya pula perlu membayar kepada masyarakat yang mana saya sekarang mula bergiat dalam mengajar kemahiran kepada wanita senasib di luar sana," katanya sambil mengesat mata.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tal-jiwa-mu-rohaida

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.065793 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list