CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6127|Reply: 0

[Melaka] Usahlah merajuk lagi, pulanglah Roslinda...

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode

ROSLINDA melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya sejak seminggu lalu. FOTO Ihsan IPD Melaka Tengah.

Melaka: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dipercayai merajuk dan nekad melarikan diri sejak seminggu lalu selepas ditegur oleh ibu angkatnya supaya mengemas rumah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kehilangan Roslinda Abdullah, 21, dibuat bapa angkatnya pada 13 September lalu.

Menurutnya, peniaga berusia 35 tahun itu merayu anak angkatnya pulang ke pangkuan keluarga di Taman Belia Antarabangsa, Ayer Keroh, di sini, kerana amat bimbang keselamatannya.

"Lelaki terbabit menyedari kehilangan anak angkatnya itu pada 11 September lalu, kira-kira 6.30 pagi.

"Gadis itu dikatakan hanya membawa dokumen pengenalan diri, kad juruwang automatik (ATM) Bank Islam, cincin tunang dan senaskah al-Quran dalam beg tangan bertulis Roslinda serta tidak memiliki telefon bimbit," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, bapa angkat wanita itu mendakwa dia tiada sebarang masalah dengan anaknya dan sudah berusaha mencarinya.

"Lelaki itu memberitahu, isterinya memaklumkan dia ada memarahi anak angkat mereka kerana tidak mengemas biliknya dan membuat kerja rumah, sedangkan tidak lama lagi Roslinda hendak berkahwin.

"Pada hari kejadian kira-kira 3 pagi, lelaki itu melihat anak angkatnya masih ada di rumah dan sedang tidur di ruang tamu bersama anak yang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pulanglah-roslinda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.347551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list