CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3996|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] PDRM sedia bantu Polis Gujarat buru 'Bos Besar' dari Malaysia

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu Polis Gujarat, India untuk mengesan lima rakyat negara ini yang disyaki terbabit kegiatan pengubahan wang haram membabitkan nilai Rs33 crore (RM18.6 juta) di negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya akan memberi kerjasama sewajarnya kepada Polis Gujarat sekiranya bantuan PDRM diperlukan.

"Sekiranya ada permintaan rasmi daripada pihak India, kami akan membantu untuk mengesan lima suspek terbabit.

"Ini kerana kesalahan jenayah walaupun membabitkan warga kita berlaku di negara lain, ia masih satu jenayah yang memerlukan kerjasama antarabangsa," katanya kepada BH, hari ini.



Bagaimanapun, katanya hasil semakan dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL), pihak PDRM belum menerima sebarang permohonan bantuan daripada pihak India untuk mengesan lima individu terbabit.

Media semalam melaporkan Polis Gujarat sedang giat menjejaki seorang 'Bos Besar' warga Malaysia dikenali sebagai Tan Chee Keat atau turut dikenali sebagai Kenny serta empat rakan senegaranya.

Siasatan merentasi benua itu dilancarkan susulan kes sejumlah Rs33 crore didapati 'mengalir' daripada beribu-ribu akaun bank di dua daerah di Saurashtra ke Kuala Lumpur melalui aktiviti pengubahan wang haram.

Kes ini dikatakan berkaitan penipuan didalangi warga China yang menyaksikan seramai 1,175 mangsa di Gujarat terjerat dengan sindiket aplikasi pertaruhan bola sepak berasaskan skim ponzi.

Berikutan itu satu laporan maklumat pertama (FIR) baharu difailkan oleh polis Gujerat terhadap 15 individu, termasuk lima warga Malaysia terbabit.

Sindiket itu dituduh mengatur skim yang membabitkan penciptaan akaun bank palsu di daerah Rajkot dan Veraval bagi melakukan penipuan serta pengubahan haram terhadap wang diperoleh secara tidak sah melalui permainan dan pertaruhan dalam talian.

Sumber Polis Gujarat memaklumkan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti bilangan individu yang terperdaya dengan janji pulangan lumayan sindiket itu menerusi pertaruhan menggunakan aplikasi terbabit.

Skuad Anti-Pengganas (ATS) Gujarat membongkar skim penipuan itu selepas menerima maklumat pada 12 Ogos lalu mendakwa seorang NRI (Bukan Pemastautin India) yang bermastautin di Malaysia, Rohit Vadher; warga Malaysia, Chua Ming Ho atau Robin; bersama seorang penduduk Sutrapada di Gir Somnath, Mahek Chhag menipu orang ramai melalui aplikasi perjudian dan pertaruhan.

Mereka juga disyaki mencipta akaun bank yang palsu.

Hasil siasatan menjuruskan ATS kepada Chhag dan lapan individu dari Veraval serta Rajkot yang didakwa bersekongkol dengan Vadher dan lima warga Malaysia terbabit

https://www.bharian.com.my/berit ... besar-dari-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041503 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list