CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5668|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JPJ sita kenderaan berat lebih muatan berlandaskan prosedur akta

[Copy link]
Post time 18-9-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita kenderaan berat lebih muatan berlandaskan prosedur akta sedia ada di bawah jabatan berkenaan.

JPJ dalam kenyataan berkata, sitaan dilakukan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Katanya, kenderaan berat membawa lebih muatan atau berbahaya adalah berisiko kepada kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan kegagalan teknikal kenderaan disamping mengakibatkan kerosakan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan kepada kenderaan lain.

“Tindakan diambil di bawah Seksyen 57 dan Seksyen 80 (Akta 715),” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tindakan tegas JPJ dengan menyita kenderaan lebih muatan berikutan kenderaan berat itu telah membawa lebih muatan bukan sekadar 10 peratus hingga 20 peratus tetapi melebihi 70 peratus sehingga 140 peratus.

“Kenderaan berat yang dilesenkan untuk membawa muatan adalah tidak dibenarkan melebihi had berat mengikut kapasiti teknikal ditetapkan dan penguatkuasaan JPJ telah mengesan kenderaan berat tersebut membawa muatan berat melebihi lingkungan antara 70 peratus ke hampir 140 peratus” ujarnya.

Jelasnya, keputusan kes bagi tindakan ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak Mahkamah.

“Justeru, pihak syarikat pengangkutan terlibat dinasihatkan untuk memohon dan menyelesaikan perkara tersebut berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah Seksyen 57 dan Seksyen 80 (Akta 715) dengan pihak Mahkamah,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, JPJ sentiasa memikul amanah dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

JPJ turut menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bekerjasama ke arah mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Semalam, media melaporkan, sekumpulan pemandu kenderaan berat terus buntu selepas lori-lori milik mereka masih belum dilepaskan daripada sitaan JPJ sejak sembilan bulan lalu hingga menyebabkan masing-masing terus hilang punca pendapatan.

Malah, rata-rata pemandu mendakwa, mereka telahpun melangsaikan kompaun atas kesalahan membawa lebih muatan.

Kumpulan terbabit turut mendakwa, ada pemilik lori sudah dikenakan senarai hitam oleh pihak bank kerana gagal membayar ansuran bulanan kenderaan hingga mencecah RM6,000 sebulan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... skan-prosedur-akta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060772 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list