CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16616|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penganggur dipenjara setahun sembunyi wang penipuan RM50,000

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Mahkamah Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Seorang penganggur dipenjara setahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan menyembunyikan wang penipuan sebanyak RM50,000 dalam akaun banknya Julai lalu.

Tertuduh, Azman Md Noh, 22, berasal dari Rompin, Jempol membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah dengan curangnya menolong menyembunyikan harta hasil penipuan iaitu wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun banknya.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3.40 petang, 17 Julai lalu di sebuah bank di Gemas, Tampin.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 18 Mac lalu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 50-an telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan tertarik dengan iklan menawarkan pelaburan secara atas talian.

Mangsa telah berurusan dengan individu tidak dikenali melalui WhatsApp dan bersetuju untuk membuat pelaburan bagi mendapatkan keuntungan tinggi dalam masa yang singkat.

Mangsa telah memasukkan wang modal pelaburan sebanyak RM50,000 ke dalam akaun syarikat yang didaftarkan atas nama tertuduh sebelum merasakan tertipu dan membuat laporan polis.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... g-penipuan-rm50000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.558680 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list