CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16421|Reply: 0

[Melaka] Cuba leraikan pergaduhan, anggota tentera didakwa mencederakan

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Seorang Pegawai Waran didakwa atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap dua lelaki pada tahun lalu.

MELAKA – Nasib malang menimpa seorang anggota tentera berpangkat Pegawai Waran apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ketika cuba meleraikan pergaduhan antara jirannya dengan dua lelaki dipercayai mabuk, pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Affizzu Che Aziz, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap dua lelaki masing-masing berusia 37 dan 26 tahun menggunakan objek tajam disyaki sebilah pisau (dagger) kira-kira pukul 11.30 malam di Pangsapuri Cheng Ria, dekat sini, pada 16 Oktober 2022.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas jiran tertuduh menegur kedua-dua lelaki terbabit yang dikatakan membuat bising dalam keadaan dipercayai mabuk di bawah pangsapuri berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudian menjadi berang dan telah naik ke tingkat atas menuju ke rumah jiran tertuduh untuk bergaduh. Tertuduh yang melihat kekecohan itu cuba meleraikan pergaduhan sehingga didakwa telah mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan agar jaminan RM35,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Peguam Omar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh bekerja sebagai pegawai waran di Kem Sungai Udang serta menanggung dua orang isteri dan enam anak dengan tiga daripadanya masih kecil.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 berserta syarat tambahan tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, sekali dalam sebulan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... dakwa-mencederakan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.083376 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list